Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Proses equilibrasi menurut Jean Piaget dalam Teori Konstruktivisme. -…
Proses equilibrasi menurut Jean Piaget dalam Teori Konstruktivisme.
PENGENALAN
Dalam perkembangan kognitif, diperlukan antara asimilasi dan akomodasi. Proses tersebut dikenali sebagai ekuilibrium iaitu pengaturan diri mekanis yang perlu untuk mengimbangkan proses asimilasi dan akomodasi. Disekuilibrium adalah keadaan yang tidak seimbang antara asimilasi dan akomodasi. Ekuilibrasi adalah proses bergerak daripada keadaan disekuilibrium kepada ekuilibrium. Ekuilibrasi membuat seseorang menyatukan pengalaman luar dengan skema.
Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.
Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan.
Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.
Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan.
Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.
Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.
Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.
Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. la bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak.
Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.
Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.
Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.
Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.
Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan 'd' sebagai 'b' apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada
Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan 'd' daripada 'b'.
Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
PROSES TEORI KONTURKTIVISME
SKEMA
Pelajar mula mengajar mengira yang ada di sekeliling mereka. Contohnya: pelajar ditanya soalan tentang mengira seperti berapa banyak tingkap dan pintu yang terdapat dalam kelas ini. Mereka akan menjawab mengikut cara pemikiran mereka sendiri. Pada peringkat ini, mereka secara tidak sedar mula memahami operasi integer
ADAPTASI
Pelajar diarahkan bahawa objek dengan bentuk yang berbeza tidak boleh dikendalikan. Sebagai contoh, pelajar diberitahu bahawa tingkap dan pintu adalah objek yang berbeza, jadi ia tidak boleh dikendalikan. Kemudian mereka akan membuat penyesuaian terhadap apa yang mereka pelajari
ASIMILASI
pelajar mula diberitahu apakah operasi dalam algebra. Contohnya: jika guru bertanya apakah operasi yang terdapat pada nombor? Biasanya pelajar akan menjawab tambah, tolak, bahagi dan darab kerana pada peringkat skema, mereka telah diberitahu operasi nombor. Jadi cikgu cuma menerangkan semua operasi yang wujud pada nombor tersebut terdapat juga operasi algebra
AKOMODASI
Pelajar diberi arahan langkah demi langkah dalam menyelesaikan operasi algebra
EKUILIBRASI
Pelajar mula menyelesaikan operasi mereka sendiri dalam algebra. Jadi pelajar mula mengimbangkan semua proses yang telah mereka hadapi