Adaptasi (adaptation) dan Keseimbangan (equilibration) Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan.