Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Literasi Bahasa - Coggle Diagram
Literasi Bahasa
Prinsip Literasi Bahasa
MEMENTINGKAN BAHASA PERTUTURAN
- Setiap pelajar mesti boleh membincangkan maklumat dalam perbincangan terbuka yang membolehkan perbezaan pendapat berlaku.
- Dengan cara itu, pelajar diharapkan dapat menyuarakan pendapat dan mengamalkan kemahiran berfikir yang lebih kritis.
BERLAKU DALAM SEMUA KURIKULUM
- Program literasi harus diterapkan kepada
semua murid dan tidak bergantung pada kurikulum tertentu.
- Dengan kata lain, aktiviti literasi adalah satu kewajipan kepada semua guru dan bidang pengajian.
KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN
- Kepelbagaian adalah sesuatu yang wajar dihargai dan diraikan di setiap sekolah.
- Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan berbagai buku yang bertemakan kekayaan budaya negara agar para murid dapat mengenali budaya bangsa dan turut serta melestarikannya.
SEIMBANG
- Setiap pelajar mempunyai keperluan
yang berbeza antara satu sama lain.
- Pihak sekolah hendaklah menggunakan
prinsip ini dengan mengaplikasikan strategi dalam membaca dan variasi membaca
Teori Behavioris
E.L Thorndike (1874-1949)
Dalamnya pula terdapat hukum kesediaan atau law or readiness, hukum latihan atau lay of exercise dan hukum akibat atau law of effect.
Hukum Kesediaan Atau Law Or Readiness
Cara seseorang murid yang bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti. Sesorang murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak atau melakukan aktiviti tertentu dengan sebenar-benarnya. Justeru, tindakannya akan menimbulkan kepuasan pada dirinya.
Hukum Latihan Atau Law Of Exercise
Hukum latihan menyatakan bahawa jika hubungan stimulus-respons (ransangantindak balas) sering wujud, akibatnya hubungan akan menjadi semakin teguh. Hukum latihan yang pada dasarnya menggunakan stimulus respons memiliki hubungan yang teguh antra satu sama lain. Jika proses pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti terlaksana. Oleh itu, hubungan yang terjadi akan bersifat automatik. Kesan positif akan mucul jika pengulangan disusun secara sempurna.
Hukum Akibat Atau Law Of Effect
Dalam hukum akibat, kepuasan yang wujud daripada ganjaran guru akan menerbitkan kejayaan kepada murid. Murid cenderung untuk berusaha meningkatkan kepada apa yang telah dicapai. Guru yang memberikan senyuman terhadap jawapan murid akan semakin menguatkan konsep tindak balas. Jika terdapat hubungan yang kuat antara soalan dan jawapan maka bahan yang disampaikan boleh diingati dalam jangka masa yang panjang. Pengulangan yang kerap akan menentukan berapa lama konsep tersebut akan diingati oleh murid.
E.L. Thorndike Teori yang dibangunkan oleh Thorndike juga menghuraikan bahawa pembelajaran sebagai proses pembentukan hubungan antara ransangan dengan tindak balas.
Dalam hal ini, bentuk ransangan yang diberikan hendaklah berupa peneguhan. Jika murid berhasil melaksanakan tugasannya dengan betul dan pantas, akan muncul keselesaan dalam diri atas kejayaan yang dicapai.
-
Menurut Thorndike, hukum-hukum pembelajaran yang dikaitkan dengan ransangan dan gerak balas akan segera diikuti oleh rasa kesenangan atau kepuasan. Rasa kesenangan atau kepuasan akan wujud jika murid memperoleh sesuatu pujian atau ganjaran yang pelbagai.
Implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ini menunjukkan bahawa:
- Guru perlu memberikan contoh yang sesuai yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid, khususnya penghayatan kepada alam sekeliling semasa menjelaskan sesuatu konsep.
- Cara pemberian tugas hendaklah padan dengan unsur penyerapan stimulus-ressons supaya wujud kelangsungan dalam pembelajaran.
- Bahan pembelajaran perlu disusun daripada yang mudah dan selari dengan tahap murid di dalam sistem kurikulum. Penguasaan bahan yang lebih mudah adalah sebagai ransangan untuk menguasai bahan yang lebih sukar. Oleh itu, topik asas harus dikuasai terlebih dahulu sebelum memahami topik yang seterusnya.
Teori behavioris adalah teori yang paling dominan dan aspek pembelajaran banyak dipengaruhi olehnya.
Antara tokoh penting yang mempelopori serta banyak mengkaji teori behavioris ini ialah Skinner, Thorndike dan Pavlov.
Tokoh-tokoh ini menganggap oembelajaran sebagai satu proses mekanisme bagi membentuk kebiasaan.
Pendapat ahli-ahli behavioris mengatakan bahawa wujud hubungan yang dinamik antara ransangan dengan gerak balas.
Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi jika diberikan ganjaran. Peneguhan yang positif disebabkan gerak balas juga wajar diulangi.
Gerak balas yang diulangi ini akan membntuk kebiasaan dalam diri.
Seorang tokoh behavioris iaitu Skinner cuba melanjutkan teori behavioris ini untuk menghuraikan
kepentingan pengaruh persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Ahli behavioris yang lain juga memberi penekanan tentang pentingnya pengaruh persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Ujaran akan terbentuk sekiranya ada ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak boleh menuturkan kata-kata kerana ada orang yang bercakap dengannya atau kanak-kanak itu sendiri perlu bertutur untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti hendak makan atau minum dan sebagainya.
Bentuk-bentuk bahasa yang betul dihasilkan oleh kanak-kanak perlu diteguhkan supaya diulangi.
Walaubagaimanapun, teori behavioris tidak membuat tuntutan yang khusus tentang cara bahasa dikuasai.
Ahli-ahli bahasa yang mengkaji teori behavioris ini hanya menganggap kemahiran bertutur merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuaan lain-lain (Abdullah Hassan, 1984).
B.F Skinner
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti "pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap.
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur ialah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan tindak balas
Menurut Skinner, apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain memberi galakan dan bertutur dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau meyebut kembali perkataan yang diajar itu maka pembelajaran bahasa kanak-kanak akan berlaku.
Persekitaran mempunyai pengaruh yang terpenting terhadap kanak-kanak dalam mereka mempelajari bahasa. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
B.F Skinner Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan. Teori ini dipelopori oleh B. F. Skinner (1938)
-
Secara kesimpulannya, Teori Beheviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa dikuasai daripada pelaziman atau pengulangan. Persekitaran menjadi faktor utama membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Ganjaran dan skim galakan juga menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak
TEORI MENTALIS
Teori ini menekankan fungsi mental seseorang. Teori ini menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan menerusi proses dalam otak.
Menurut teori ini, bahasa yang tercetus daripada aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
Teori mentalis ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis.
Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat pemerolehan bahasa itu kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.
Chomsky membuat satu hipotesis kepada teorinya iaitu Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagal yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device).
Untuk menguatkan lagi teori LAD ini, Chomsky mengeluarkan empat kenyataan iaitu :
1.Proses pemerolehan bahasa pada semua kana-kanak boleh dikatakan sama
2.Kecerdasan tidak ada kaitan degan proses pemerolehan bahasa. Beliau menyatakan bahawa anak yang IQ nya rendah juga akan memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama.
3.Motivasi atau emosi kanak-kanak tidak mempengaruhi proses pemerolehan bahasa.
4.Kanak-kanak boleh dikatakan menghasilkan tatabahasa yang sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:
i.wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii.bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii.kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
Kesimpulannya, walaupun proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak dikatakan sama, namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya. Namun cara pendekatan pengajaran bahasa membolehkan kecerdasan berbahasa antara individu itu berbeza.
CIRI-CIRI TEORI MENTALIS
Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi
Seseorang mempunyai kecekapan dan prestasi. Kecekapan ialah rumus-rumus atau undang-undang bahasa yang ada dalam stok mental seseorang. Prestasi merupakan penggunaan atau penghasilan bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang ada pada kecekapan
Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Seseorang penutur mempunyai daya cipta menggunakan bahasa yang dimakluminya.
Terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Penguasaan bahasa memerlukan proses mental.
Murid-murid harus diajar ayat-ayat yang gramatis, iaitu ayat yang sempurna bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Bentuk dan makna amat penting dalam proses pembinaan ayat.
Dalam menghuraikan bahasa nahu transformasi generatif diterapkan. Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran. Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis. Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.