Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LITERASI MENYUBURKAN PENGGUNAAN BAHASA - Coggle Diagram
LITERASI MENYUBURKAN PENGGUNAAN BAHASA
PRINSIP-PRINSIP DALAM LITERASI
1.SEIMBANG
=Setiap pelajar mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama lain.
=Pihak sekolah harus menggunakan prinsip ini dengan mengaplikasikan strategi dalam membaca dan variasi membaca.
2.MEMENTINGKAN BAHASA PERTUTURAN
=Setiap pelajar mesti boleh membincangkan maklumat dalam perbincangan terbuka yang membolehkan perbezaan pendapat berlaku.
=Dengan cara itu,pelajar diharapkan dapat menyuarakan pendapat dan mengamalkan kemahiran berfikir yang lebih kritis.
3.BERLAKU DALAM SEMUA KURIKULUM
=Program literasi harus diterapkan kepada semua murid dan tidak bergantung pada kurikulum tertentu.
4.KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN
=Sesuatu yang wajar dihargai dan diraikan di setiap sekolah.
=Menyediakan berbagai buku yang bertemakan kekayaan budaya negara supaya para murid dapat mengenali budaya bangsa dan turut serta melestarikannya
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BEHAVIORISME
Menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan
Menurut Skinner,pembelajaran bahasa kanak-kanak terjadi apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran
Ganjaran yang diberi untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betuk dan telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak
Antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti 'pandai',senyuman,tepuk tangan,pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap.
B.F. Skinner juga menyatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
Keupayaan bertutur sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan tindak balas
Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
Teori Behaviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa dikuasai daripada pelaziman atau pengulangan.
Persekitaran menjadi faktor utama membantu kanak-kanak menguasai bahasa serta ganjaran dan skim galakan juga menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA MENTALIS
1.Menurut Noam Chomsky bahawa teori mentalis kanak-kanak dapat dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
2.Melalui alat pemerolehan bahasa ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa
3.Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semulajadi (genetik) untuk berbahasa
4.Pandangan Chomsky bahawa teori ini memperkenalkan Transformational Grammar (TG).Kanak-kanak semulajadi mempunyai LAD (Language Acquisition Device)
5.Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak dan tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.Ini merupakan kenyataan daripada Chomsky
TEORI MENTALIS
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,Chomsky memberikan tiga hujah seperti berikut:
1.wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa
2.Bentuk-bentuk ujuran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya tanpa keupayaan sejadi
3.Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun