Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI ALAM MELAYU, Sumber : https://fliphtml5…
PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI ALAM MELAYU
PENGARUH TAMADUN CHINA
Kerajaan Melayu membuat jalinan perhubungan dengan kerajaan China sebagai perlindungan daripada kerajaan Siam.
Hubungan China dengan Alam Melayu semakin kukuh apabila pemerintahan Alam Melayu menerima kedatangan para pedagang dan penuntut agama Buddha yang belajar di Srivijaya.
Srivijaya diiktiraf sebagai pusat pembelajaran agama Buddha.
Hubungan Melaka dengan negara China mewujudkan keadaan yang bersifat pluraliti dalam kalangan masyarakat Melayu yang pelbagai.
Tujuan kedatangan kerajaan China lebih cenderung ke arah memupuk perasaan menghormati, memberi pengiktirafan dan mengenali perbezaan budaya antara mereka. - tidak berminat untuk menjajah
Pengaruh China dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kelompok komuniti Baba dan Nyonya di Melaka.
Pengaruh dari China tidak memberikan impak yang kuat ke atas tamadun Melayu, tidak sebagaimana tamadun India. Malahan, komuniti China yang terbentuk dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di Alam Melayu. Mereka mengadaptasi budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Justeru, budaya mereka dengan budaya asal dari negara China amatlah berbeza.
PROSES INDIANISASI
(PENGINDIAAN)
Merujuk kepada bagaimana kawasan di Alam Melayu menerima pengaruh yang besar, khasnya daripada tamadun India dengan penerimaan budaya dan nilai dari India.
Pengaruh yang cukup besar meliputi kesan agama Hindu-Buddha, nama kerajaan dan kawasan yang beridentitikan tamadun India, sistem pentadbiran yang berkonsepkan 'Raja' sebagai ketua negara sama dengan sistem kerajaan di India dan pengaruh lain seperti bahasa Sanskrit dan kesenian dari India.
HINDUNISASI
Golongan Brahmin merupakan golongan yang mempunyai kedudukan kasta paling tinggi dalam masyarakat di India dan amat dihormati dalam masyarakat mereka.
Golongan Brahmin diberikan peluang untuk mengajar dan menjadi guru kepada anak dalam masyarakat Melayu. Bukan setakat itu sahaja, golongan Brahmin juga berperanan dalam penyusunan pentadbiran kerajaan dan mewujudkan sistem beraja sebagaimana yang terdapat dalam tamadun India dipanggil sistem Devaraja.
Golongan ini berperanan penting dan menjadi penasihat dalam banyak perkara, termasuklah agama Hindu dan Buddha sehingga lama kelamaan, masyarakat di Alam Melayu boleh menerima agama Hindu dan Buddha; menjadi anutan masyarakat mereka.
Namun begitu, proses Hindunisasi ini hanya berlaku di kawasan istana dan tidak merebak kepada masyarakat umum. Ini kerana menjadi adat dan budaya agama Hindu bahawa kitab agama mereka iaitu kitab Veda hanya boleh dibaca oleh kelompok kasta tertentu sahaja.
Golongan Vaisya telah berkahwin dengan gadis tempatan dari keluarga yang ada pengaruh dalam masyarakat. Golongan Vaisya ini bukan datang secara sendirian tetapi membawa kelompok Brahmin bersama mereka semasa pelayaran ke Asia Tenggara.
BAHASA
Kedatangan masyarakat India juga membawa bahasa Sanskrit yang kemudiannya menjadi elemen penting dalam memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu. Misalnya, nama anggota badan seperti leher dan kepala diambil daripada bahasa Sanskrit. Antara kesan teori Vaisya yang masih hidup hingga kini ialah kewujudan masyarakat Ceti di Melaka. Mereka ialah warisan kedatangan datuk nenek moyang mereka dulu dari India dan membuka petempatan di Alam Melayu
PROSES ISLAMISASI
Proses Islamisasi di Alam Melayu Kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat dikesan semenjak abad ke-7M.
Proses Islamisasi merujuk pada pengaruh agama Islam yang masuk secara besar- besaran dalam segenap kehidupan masyarakat di Alam Melayu
Bagi sesetengah sarjana seperti Naquib al-Attas, proses Islamisasi merupakan zaman pencerahan di Alam Melayu. Ini kerana kehadiran Islam mengubah pandangan semesta masyarakat Alam Melayu.
PERDAGANGAN
Aktiviti perdagangan merupakan indikator penting dalam pengembangan agama Islam di Alam Melayu. Kekayaan yang ada di Nusantara menarik ramai masyarakat dunia untuk datang ke sini termasuklah pedagang dari Tanah Arab.
Aktiviti berdakwah tidak terhad kepada pendakwah dan ulama sahaja dalam Islam, tetapi setiap orang Islam ialah pendakwah. Pedagang ini aktif menyebarkan agama Islam di Alam Melayu.
Sesetengah daripada mereka telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mewujudkan darah kacukan yang membentuk pluraliti masyarakat di Alam Melayu.
erkembangan agama Islam di Alam Melayu bermula dengan tempat yang dikaitkan dengan perdagangan seperti Perlak (abad ke-9M), Pasai (abad ke-11 hingga abad ke-14M), Sulu (abad ke-13M), Melaka (abad ke-15 hingga abad ke-16M), Brunei (abad ke-16M), Acheh (abad ke-17M) dan lain-lain lagi.
Kedatangan Islam memberikan impak yang penting bukan sahaja dari aspek pandangan semesta dan mempercayai kewujudan pencipta iaitu Allah s.w.t., tetapi merentasi aspek material.
MATERIAL
Perubahan materialistik yang paling jelas ialah konsep ketua negara iaitu pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja bertukar menjadi fungsi sultan. Konsep raja dalam agama Hindu yang dikaitkan dengan konsep Devaraja (wakil Dewa di dunia) dan konsep ini berubah menjadi konsep hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan hablumminannas (berbuat baik kepada manusia).
Justeru, sistem politik, pemerintahan, undang-undang, kesenian, sastera, ekonomi, sosial, adat dan cara hidup dikaitkan dengan pengaruh Islam dalam kehidupan.
Sumber :
https://fliphtml5.com/ytbey/gujt/basic/51-100