Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN STANDARD KUALITI GURU MALAYSIA - Coggle Diagram
KOMPONEN STANDARD KUALITI GURU MALAYSIA
STANDART
S1: Amalan nilai profesionalisme keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berasaskan domain diri,
profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin dalam diri,kualiti dan produktiviti seseorang dalam perkhidmatannya sebagai seorang pengajar.
Domain Profesion merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan iaitu kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif.oleh guru dalam menjalankan tugasnya
Domain Sosial yang dimana guru bertanggungjawab sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
S2: Pengetahuan dan kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu
pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
Seorang guru perlu berketerampilan dalam bidang yang diajar dengan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
S3: Kemahiran pengajaran dan pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh
seseorang guru.
Guru perlu memahami dan menggunakan pelbagai startegi pengajaran bagi membentuk keterampilan yang baik dalam pemikiran kritis, kreativiti, penyelesaian masalh dan prestasi murid.
Mempunyai kemahiran dalam menguruskan kelas melalui tingkah laku dan disiplin pelajar
Bijak dalam membuat penilaian terhadap kerja pelajar melalui aspek kemajuan pelajar
Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan
memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.
ASAS PENENTUAN STANDARD DAN KEPERLUAN
Misi nasional
Lima teras utama bagi memberi impak maksimum daripada pembangunan nasional iaitu
1) meningkatkan ekonomi dalama rantaian nilai lebih tinggi
2) meningkatkan kemampuan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
3) menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membangun dan produktif
4) Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup
5) mengukuhkan keupyaan institusi dan pelaksanaan
Falsafah Pendidikan kebangsaan
Usaha berterusan dalam memperkembangkan potensi individu secara menyuluruh dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupyaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat malah negara
Falsafah pendidikan guru
Guru yang berperkerti mulia berpandangan progresif dan saintifi dalam pengajaran dan pembelajaran, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu demokratik dan berdisiplin.
Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik prefesion keguruan dan meningkatkan mutu profesion
Prinsip umum tatakelakuan dan tatatertib dalam profesion keguruan ialah:
1) Mendahulukan kepentingan tugasnya berbanding kepentingan periibadi
2) Tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang tidak bermoral, tutur kata yang kurang sopan dan sebagainya
3) Tidak menggunakan kedudukan atau pengaruhnya bagi kepentingan peribadi
4) Sentiasa cekap dan berusaha menyelesaikan tugasnya dengan jujur, amanah, dan bertanggungjawab
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Berdasarkan lima prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, menepati janji, berdisiplin dan beradab serta menghargai hasil usaha organisasi.
KEPERLUAN
K1: Kelayakan Masuk Program Latihan Perguruan
permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut
1) Mengiklankan permohonan
2) semua permohonan ditapis dan dipanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
3) calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu
duga
4) Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
5) Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
6) Menandatangani perjanjian latihan perguruan
K2: Latihan Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan perkara berikut:
1) Kurikulum latihan
2) Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
3) Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
4) Sumber pengajaran dan pembelajaran
5) Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa
K3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan
permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
1) Sekolah
2) Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
3) Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan
K4: Infrastruktur dan Infostruktur
Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan,agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
1) kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
2) rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran
K5: Jaminan Kualiti
Aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:
Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
Penanda arasan latihan pergurua
Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)