Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kritikan - Coggle Diagram
Kritikan
Ciri-ciri kritikan
Kritikan Sanjungan
- Pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain.
- Memuji karya dan pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas
- Menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.
Kritikan Penganalisisan
- Pengkritik meneliti secara mendalam karya sastera untuk memperolehi maklumat. Antara maklumat tersebut ialah pemikiran,teknik penceritaan, tema, dan persoalan. Pengkritik memahami perkara yang disampaikan untuk membolehkan kritikan yang baik.
Kritikan Penilaian
Aspek Penilaian:
- Menilai aspek kemutuan suatu karya sastera.
- Ada keistimewaan dan kekuatan dalam suatu teks atau karya sastera itu.
Aspek Penilai/Pengkritik:
- Bijaksana, adil dan saksama
- Bijak memberi hujah yang relevan dan konkrit
- Tahu dan faham aspek pengarang dalam penghasilan karya
Kritikan Teguran
- Mengemukakan pandangan yang membina terhadap karya yang dikritik.
- Pengkritis harus meneliti karya secara analitikal dan kritis dalam mengemukakan teguran yang dapat membina serta membantu mempertingkatkan mutu karya sastera.
- Tujuan teguran bukanlah untuk memburukkan karya semata-mata sebaliknya bagi suatu penilaian yang rasional dan wajar.
Kritikan Saranan
- Mengandungi pelbagai saranan yang ditujukan kepada pengarang dalam memperbaiki atau mempertingkatkan mutu sesebuah karya sastera.
- Saranan yang dikemukakan dapat dijadikan garis panduan kepada pengarang dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan menarik.
- Saranan melibatkan penilaian analitikal dan kritis terhadap karya yang dikritik tanpa melibatkan perasaan berat sebelah serta emosi.
Kritikan pendekatan
Pendekatan ekstrinsik
- Pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera. sejarah, agama, psikologi, politik dan sosiologi.
Pendekatan Moral
- Penelitian terhadap nilai-nilai moral agama.
- Berfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.
Contoh: SABDA SANG PENDETA
- Kewajiban sebagai seorang umat Islam untuk terus beriman kepada Allah S.W.T maka manusia akan mendapat hikmah dalam kehidupan.
- Adanya ilmu dalam diri seseorang yang akan membawa kebaikan kepada manusia.
- Sikap tamak dalam diri manusia membawa kepada penindasan, penipuan dan manipulasi. ( Watak Tuk Ketua )
- Setiap individu haruslah reda dengan apa yang dimiliki sekarang dan harus berpegang kepada hakikat bahawa kekayaan terletak dan ditentukan oleh Allah S.W.T.
- Maka jelaslah, jiwa yang bersih mewujudkan sifat rendah diri dan sikap tamak dapat dihindari.
-
:pencil2: Tahap permulaan:
- Hanya wujud kritikan bersifat resensi dan ulasan sahaja.
- Penilaian terhadap karya sastera yang telah wujud ( Deskriptif) dan cara penulisan yang baik dan betul (Legislatif) berkembang dengan perlahan.
- Tiada akar tradisi dan kurang diceburi oleh penulis-penulis lain.
- Pelopor pengkritik sastera Malaysia iaitu Asraf.
- Membawa gagasan " Seni untuk Masyarakat" berasaskan realisme sosialis.
:pencil2: Tiga fungsi kritikan:
- Memperlihatkan satu tindak balas individu terhadap karya-karya sastera.
- Penafsir kepada peminat atau pembaca sastera.
- Membuat penilaian terhadap suatu karya sastera. (Hakim)