Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANTI VAKSIN - Coggle Diagram
ANTI VAKSIN
Pandangan yang menolak vaksin
Vaccine Refusal
tegar menolak vaksin
Berlatarkan Pendidikan Agama
menolak penggunaan produk barat
status halal haram vaksin
lebih gemar rawatan islam (selamat & yakin)
Amalan Keluarga
menolak ubatan konvensional
memegang tradisi keluarga
Public of Interest
peniaga produk kesihatan, pengamal perubatan alternatif dan peniaga makanan sunnah.
Komplikasi Penyakit
pengalaman rawatan penyakit yang menimbulkan trauma
Vaccine Hesitancy
tidak menolak vaksin 100%
Tidak ambil vaksin atas sebab tertentu
Kekurangan kemudahan pengangkutan
Kekangan kewangan
Kekangan masa
Bersifat atas pagar atau pendirian masih boleh diubah
Menjadi pemerhati pada peringkat awal di media sosial tetapi mula terpengaruh selepas membaca maklumat yang kurang kesahihannya
Menolak kaedah saintifik dan rujukan yang berwasit
(mengambil pendapat menepati pendirian walaupun tidak didasari dengan fakta yang kukuh)
Hujah yang menolak vaksin
HUJAH 2: VAKSIN TIDAK HALAL
vaksin dari babi
mereka yang menolak vaksin menggunakan hujah agama dimana vaksin tidak halal dan mengatakan bahawa vaksin diperbuat daripada najis dan binatang seperti babi seperti gelatin
HUJAH 4: VAKSIN MERUPAKAN SATU TEORI KONSPIRASI BARAT
Mereka menolak vaksin kerana mendakwa bahawa vaksin merupakan rancangan Barat untuk melemahkan manusia
Hal ini demikian kerana, vaksin dikatakan dapat mengawal kelahiran dan mengehadkan populasi
Menurut mereka, pihat Barat ingin sebarkankan lagi penyakit
Vaksinasi dikatakan dibiayai oleh keluarga Rockfeller (salah satu keluarga Yahudi yang sangat berpengaruh dan terlibat dengan Zionis Internasional).
Mereka mengasaskan WHO dan institusi kesihatan yang lain. Oleh itu, golongan aktivaksin mengaitkan vaksinasi ini dengan konspirasi Zionisme yang bertujuan untuk menguasai dunia di bawah New Wold Order
Menurut mereka lagi, vaksin merupakan satu cara orang Yahudi untuk menguasai dan melemahkan umat Islam.
HUJAH 5: PENGAMALAN PERUBATAN SUNNAH PENGGANTI VAKSIN
Terdapat ibu bapa yang menolak vaksin kerana mereka lebih cenderung untuk mengutamakan pengamalan perubatan sunnah sebagai salah satu kaedah pencegahan
Mereka yakin bahawa mempraktikkan sunnah-sunnah Nabi SAW lebih berkesan.
Antara yang diamalkan ialah pengambilan kurma dalam proses tahnik, mengambil habbatus al-sauda, air zam-zam, berbekam dan pemberian susu ibu secara konsisten seperti golongan antivaksin di Barat
Hujah 1: Kesan sampingan yang memudaratkan
Mereka berpendapat bahawa kandungan vaksin boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih serius seperti thimerosal yang boleh menyebabkan
autisme
.
Seorang pengkaji, Andrew Wakefield mendedahkan pemberian vaksin MMR yang mencegah penyakit campak, beguk dan rubela mempunyai kaitan dengan autisme.
Kenyataan Wakefield telah menjadi sandaran yang kuat bagi golongan menolak vaksin walaupun sudah tedapat kajian bahawa vaksin tersebut tidak berkait dengan autisme.
Wujud dakwaan vaksin adalah
beracun
dan boleh mengakibatkan penyakit idiopatik yang berpunca daripada bahan-bahan beracun seperti anti beku, eter, formaldehid, merkuri dan nanobakteria.
Antara penyakit idiopatik adalah autisme, sindrom bayi mati mengejut (SIDS), sawan, imun tidak berfungsi, diabetes, penyakit neurologik, penyakit mental, penyakit atopik termasuk alahan pada rinitis, ekzema dan asma.
Vaksin tiga dan lima serangkai di Malaysia dikatakan memburukkan lagi keadaan kanak-kanak dengan komplikasi paru-paru, jangkitan dalam darah serta risiko penyakit autoimun.
Vaksin juga dibimbangi akan
membebankan sistem imuniti
badan kanak-kanak dengan lambakan antigen yang banyak.
Beban yang berlebihan pada antigen berlaku apabila tubuh badan manusia tidak berupaya untuk memberi tindak balas dengan selamat terhadap antigen vaksin.
Implikasinya, suntikan vaksin yang kerap dianggap melemahkan sistem imuniti kanak-kanak.
Selain itu, tiada data yang jelas tentang reaksi sistem imuniti bayi pra matang terhadap vaksin.
Ini kerana sistem imuniti bayi masih belum cukup matang dan perlu bergantung kepada bantuan antibodi ibunya melalui tali pusat dan susu ibu.
Oleh itu, kelompok ini memilih untuk kanak-kanak melalui
proses imuniti secara semulajadi
dan kaedah ini dilihat lebih selamat.
HUJAH 3: VAKSIN DILARANG AGAMA
Penyakit daripada tuhan
Mengecualikan beberapa hal ehwal keduniaan daripada diuruskan oleh manusia.
Proses penyembuhan penyakit adalah urusan tuhan dan manusia tidak berhak mencampur tangan urusan tersebut.
Manusia dicipta dalam bayangan tuhan dan ini bererti
manusia telah menerima sistem imuniti badan yang sempurna milik tuhan.