Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LITERASI MENYUBURKAN PENGGUNAAN BAHASA - Coggle Diagram
LITERASI MENYUBURKAN PENGGUNAAN BAHASA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM LITERASI
1) Mempunyai keseimbangan
Hal ini kerana setiap pelajar perlu belajar kemahiran yang berbeza dan diseimbangkan bagi dapat membahagikan kemahiran-kemahiran secara sama rata.agar mewujudkan pelajar yang serba boleh.
Hal ini dapat diaplikasikan dengan menyusun strategi secara teratur dan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran.
2) Bahasa komunikasi atau pertuturan diberikan perhatian
Hal ini bagi memastikan pelajar dapat berbincang maklumat yang didapati dalam perbincangan yang terbuka bagi mewujudkan pendapat atau maklum balas yang pelbagai.
Hal ini menyebabkan pelajar lebih berani untuk berkomunikasi bagi bertanyakan sesuatu perkara yang kurang difahami dan diberi peluang untuk memberi pendapat.
Situasi ini malah akan mewujudkan suasana kelas yang lebih spontan, bermakna dan dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
3) Berlangsung dalam semua aktiviti kurikulum
Program literasi tidak mengehadkan kepada kurikulum tertentu sebaliknya program ini harus diterapkan kepada semua pelajar.
Dengan kata mudah program ini wajib kepada semua guru dan bidang pengajian.
4) Kepelbagaian diberi perhatian
Hal ini dapat dijalankan dengan menyediakan pelbagai buku yang bertemakan kekayaan negara, kepelbagaian jenis haiwan, resipi makanan tradisional dan sebagainya.
Kebaikannya ialah dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan, menarik minat untuk membaca buku, meningkatkan semangat untuk belajar dengan lebih mendalam dan sebagainya.
TEORI PEMEROLEHAN BEHAVIORISME
6) Teori ini juga digelar sebagai semantik behavioris. Leonard Bloomfield (1993) menggunakan teori ini untuk menghuraikan sesuatu makna.
4) Terdapat empat ciri umum behaviorisme iaitu :
a) Konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak yang tiada data yang dapat disahkan ditolak atau tidak diterima.
b) Mengakui tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan
c) Faktor tingkah laku dalam berbahasa berpunca daripada keperluan untuk bersosialisasi serta berkomunikasi dengan seseorang.
d) Perlakuan manusia mempunyai hubungan atau perkaitan dengan rangsangan dan respons. Contohnya ketika penutur menyebabkan rangsangan manakala pendengar memberi respons bagi menanggapinya.
7) Teori ini juga lebih kepada makna bagi mewujudkan tindak balas hasil daripada rangsangan yang diwujudkan dalam komunikasi di antara penutur dan pendengar.
8) Rangsangan yang wujud sama ada melalui proses perkaitan di antara proses mendengar dengan komunikasi atau hasil pembelajaran.
Sebagai contoh, seseorang dapat membezakan antara haiwan iaitu antara lembu dengan kerbau. Hal ini berpunca daripada hasil belajar sendiri dan pemerhatian yang dilakukan bahawa kedua-dua jenis haiwan ini mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza di antara satu sama lain.
9) Menurut Osgood (1980) kajian ini lebih memfokuskan proses penutur dalam mewujudkan ujaran dan respons oleh pendengar dalam memahami ujaran tersebut.
Dalam bahasa mudah kajian ini memerlukan persefahaman dan perkongsian makna yang sama bagi perkataan yang digunakan di antara penutur dengan pendengar.
Teori ini melibatkan aktiviti penghasilan, penyesuaian dan penerimaan terhadap perkara yang diucapkan.
Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri orang pertama seperti 'aku', 'saya', 'kami', dan 'kita' dalam sesuatu komunikasi tetapi disesuaikan berdasarkan topik atau konteks semasa komunikasi tersebut. Penyesuaian ini bagi kata yang digunakan lebih bermakna dan dapat diterima oleh pendengar.
1) Teori ini dipelopori oleh B. F. Skinner (1938). Menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak akan wujud apabila ahli keluarga mengajar dan memberi sokongan dengan memberi ganjaran apabila mereka dapat meniru perkataan yang diajar.
2) Contah ganjaranya ialah memberi pujian seperti "pandai", senyuman, ciuman, tepuk tangan dan sebagainya.
3) Keupayaan mempelajari berlaku secara semula jadi dan merupakan bentuk bagi perlakuan manusia yang digelar sebagai perrlakuan bahasa yang terbentuk melalui konsep prinsip Teori Behaviorisme yang merupakan rangsangan tindak balas.
5) Persekitaran mempengaruhi dalam mempelajari bahasa. Pengaruh rangsangan persekitaran serta peneguhan dalam mengulang-ulang percakapan menyebabkan kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan lebih cepat
10) Menurut B.F. Skinner yang merupakan ahli psikologi yang terkenal menyatakan pembelajaran akan terjadi apabila muncul rangsangan serta tindak balas dengan cara yang berulang-ulang
Terdapat dua bahagian yang diketengahkan iaitu tingkah laku pantulan dan tingkah laku operan
Kajian percubaan yang telah dijalankan menggunakan tikus
dan mendapati tingkah laku tikus berlaku secara rawak sahaja namun setelah beberapa lama tikus tertekan alat mengeluarkan biji makanan dan setelah itu tikus tidak berhenti menekan. Hal ini menyebabkan tikus tersebut telah mempelajari cara bagi memperoleh makanan.
Terdapat tiga pengukuhan yang diperkenalkan iaitu:
Pengukuhan positif
Pengukuhan positif berterusan
Pengukuhan positif berkala
Negatif merupakan rangsangan yang menyakitkan berpunca daripada sesuatu tingkah laku yang dibuat.
Tiada pengukuhan iaitu jika tingkah laku yang dilakukan tidak memberi pengukuhan dari segi negatif atau positif maka tingkah laku yang mempunyai kaitan tidak akan diambil berat dan tidak mencapai pelaziman.
11) Mengikut teori Thorndike, beliau menghuraikan pembelajaran sebagai proses pembentukan hubungan antara rangsangan dan tindak balas
Terdapat tiga hukum yang diperkenalkan iaitu:
Hukum kesediaan merupakan cara yang digunakan oleh pelajar dalam bersedia melakukan sesuatu kerja dan mempunyai kecenderungan bagi bertindak untuk melakukan aktiviti dengan sebenar-benarnya.
Hukum latihan pula mempunyai kaitan dengan stimulus-respons atau rangsangan-reaksi. Melalui proses pengulangan yang selalu dilakukan menyebabkan semakin bertambah aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai contoh apabila murid sering terdedah dengan soalan yang selalu ditemukan maka murid dengan pantas membuat tanggapan yang sesuai dengan pengalamannya.
Hukum akibat wujud apabila kepuasan daripada ganjaran yang dilakukan oleh guru. Sebagai contoh guru memberi senyuman atau memberi pujian keatas jawapan yang diberikan oleh pelajar apabila pelajar berjaya menjawab dengan betul.
TEORI PEMEROLEHAN MENTALIS
1) Teori ini diperkenalkan oleh Noam Chomsky (1959). Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang lahir dan mempunyai alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang diperkenalkan kepada mereka.
2) Satu hipotesis yang diperkenalkan iaitu Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) telah menyatakan bahawa otak manusia telah siap secara semula jadi atau genetik bagi berbahasa.
3) Otak manusia diperlengkap dengan struktur bahasa yang sejagat yang digelar LAD (Language Acquisition Device). Chomsky telah menyatakan empat kenyataan bagi menguatkan teori LAD iaitu :
a) Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dapat dikatakan sama
b) Kecerdesan atau tahap IQ tidak ada kaitan dalam proses pemerolehan bahasa
c) Motivasi dan emosi kanak-kanak tidak mempengaruhi atau memberi kesan kepada proses pemerolehan bahasa
d) Tatabahasa yang dihasilkan bagi semua kanak-kanak adalah sama
4) Keupayaan sejadi dalam mempelajari bahasa ibunda terdapat tiga hujah yang dinyatakan oleh Chomsky iaitu :
a) Kesejagatan formal merangkumi ciri-ciri tatabahasa manakala kesejagatan substantif berupa dalam kategori-kategori tatabahasa.
b) Bentuk ujaran yang didengari oleh kanak-kanak tidak akan diperoleh tanpa keupayaan sejadi
c) Keupayaan sejadi menyebabkan kanak-kanak mampu menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun