Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUKUM WAD'IE - Coggle Diagram
HUKUM WAD'IE
SEBAB
Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari adanya ada hukum dan dari tiadanya maka tiada hukum
-
SYARAT
Syarat boleh ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya akan menyebabkan hukum tidak wujud.
-
MANI'E (HALANGAN)
Man'ie ialah suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada kepada
kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
Pembahagian man'ie
Man'ie kepada hukum
Suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud.
- Contoh: kedatangan haid dan nifas yang menjadi man'ie kepada kewajipan menunaikan solat sekalipun sebab kepada kewajipan tersebut iaitu masuknya waktu telah wujud.
Man'ie kepada sebab
Suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab.
- Contoh: hutang adalah man'ie kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat.
SAH
Sah ditakrifkan sebagai suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah dilakukan menepati kehendak syarak.
- Contoh: akad jual beli. Jika syarat-syarat sempurna maka hukumnya sah jual beli serta wujud kesannya seperti halal dimiliki barang jualan dan harga.
BATAL
Sesuatu perbuatan yang tidak dapat menghasilkan kesan-kesannya yang dimaksudkan sama ada berbentuk amal ibadat atau bicara.
- Contoh: Solat. Jika tidak cukup syarat seperti tidak sempurna wudhuk maka hukumnya batal.