Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Komunikasi Bahasa Sindiran - Coggle Diagram
Komunikasi Bahasa Sindiran
Melayu dikenali sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budi bahasa dan beradab sopan apabila berbicara.Dalam berkomunikasi masyarakat Melayu sangat mementingkan konsep"sebab dan akibat" bagi menjaga hubungan dengan faktor sekeliling berlansung dengan baik.
Hubungan itu timbul menerusi isi dan tema seloka yang memperkatakan tentang cerita jenaka Melayu terkenal seperti Pak Pandir dan Pak Kaduk yang sering dijadikan dasar kias ibarat
Nor Hasimah,Melor Fauzita,Nazilah dan Julizayati(2017) yang bertajuk "The Human Capital in Seloka Pak Kaduk" menerangkan bahawa kesatuan kandungan dan idea yang lengkap dalam mengandungi pengajaran-pengajaran seperti sindiran dan nasihat
Elemen Gaya Bahasa sindiran dalam Seloka Pak Kaduk
Innuendo
Innuendo merupakan salah satu gaya bahasa yang muncul dalam kategori gaya bahasa pertentangan yang berbentuk sindiran dengan mengecilkan fakta dan kenyataan yang sebenarnya.
Pada baris "Ayamnya menang kampung tergadai" membawa maksud perbuatan Pak Kaduk yang menerima pelawaan raja untuk menukar ayam jantannya yang bertuah dengan ayam jantan baginda.
Gaya bahasa innuedo dikesani dari aspek siratan makna yang
dihujahkan menerusi ujaran tersebut.
Di sini, sindiran innuedo yang boleh digambarkan adalah sikap Pak Kaduk yang tamak dan tidak menggunakan akal fikiran yang waras
Sinisme
Sinisme merupakan jenis gaya bahasa sindiran berbentuk kesangsian yang mengandungi
ejekan terhadap keikhlasan dan ketulusan hati seseorang
Arba’ie Sujud, (2010) memperihalkan sinisme sebagai sindiran yang mengandungi makna yang terselindung dan bersifat sinis
Pak Kaduk yang suka berjudi yang tiada manfaat telah membawa kerugian kepada diri sendiri.
Hal ini kerana,perbuatannya yang mendatangkan kerugian kepada diri malah keluarganya sendiri.
Satira
Satira merupakan penggunaan humor secara luas untuk tujuan mentertawakan atau
menolak sesuatu masalah.
Namun mentertawakan masalah itu menekankan terhadap
ejekan, kritikan moral, sosial mahupun politik.
Memberi gambaran tentang nilai kedangkalan akal fikiran yang mendatangkan musibah dan bahana atas perbuatan tersebut
Menurut Kiki Zakiah Darmawan (2008) yang dikembangkan oleh Dell Hymes,analisis perbincangan memfokus kepada dua Seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir .
Perbuatan atau tingkahlaku Pak Pandir dalam seloka merupakan satu sindiran masyarakat Melayu ketika itu.
Terdapat 5 tingkahlaku dalam Seloka Pak Pandir
Mudah terpedaya
Hidup terikat dengan kehendak orang
Mudah mempercayai orang
Suka meniru gaya hidup orang lain
yang tidak memberi faedah.
Berbuat baik tidak bertempat
Kesimpulan
Seloka sebenarnya dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Melalui seloka ini juga dapat menjelaskan budaya masyarakat Melayu yang tidak mengkritik
secara terus tetapi dengan menggunakan cara yang halus.
Kesimpulannya, seloka merupakan sindiran tajam terhadap masyarakat yang bertindak sia-
sia dan tidak menggunakan kewarasan fikiran dalam tindakan.
Oleh hal yang demikian pengarang menggunakan perbandingan dan perumpamaan supaya setiap kiasan yang dilontarkan itu mampu memberi kesan kepada jiwa masyarakat .