Maslahah al-Daruriyyah ialah setiap perkara yang yang dimaksudkan oleh Allah untuk dipelihara iaitu agama, jiwa, akal, fikiran, keturunan dan harta. Menurut pandangan syarak kelima-lima perkara ini perlu dalam kehidupan. Sekiranya salah satu daripadanya tiada, kehidupan tidak dapat diteruskan. Oleh itu mengerjakan ibadat diwajibkan untuk menjaga agama. Selain itu, undang-undang yang disyariatkan seperti qisas, hudud dan ta’zir adalah untuk menjaga lima elemen tersebut agar kehidupan dapat diteruskan. Kesimpulannya, maslahah daruriyyah adalah bertujuan bagi memelihara lima perkara diatas.