Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DALIL-DALIL YANG DISEPAKATI DAN DALIL-DALIL YANG TIDAK DISEPAKATI, Aini…
DALIL-DALIL YANG DISEPAKATI DAN DALIL-DALIL YANG TIDAK DISEPAKATI
AL-QURAN
Pengertian al-Quran
BAHASA
: Al Qur'an berasal dari bahasa arab, yaitu bentuk jamak dari kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a - yaqra'u - qur'anan yang berarti bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang.
ISTILAH
: al Qur'an diartikan sebagai kalm Allah swt, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat, disampaikan dengan jalan mutawatir dari Allah swt sendiri dengan perantara malaikat jibril dan mambaca al Qur'an dinilai ibadah kepada Allah swt.
Kedudukan al-Quran sebagai sumber hukum
:pushpin:Al-Quran berfungsi sebagai hakim atau wasit yang mengatur perjalanan kehidupan manusia agar berjalan lurus. Sebab itu apabila umat Islam berselisih pendpaat dalam semua perkara, hendaknya ia menilai kepada al-Quran.
:pushpin:Al-Quran berperanan sebagai pengawal dan pembetul perjalanan hidup manusia pada masa lampau.
:pushpin:Al-Quran mampu menyelesaikan masalah manusia dari pelbagai aspek kehidupan baik rohani, jasmani, sosial, ekonomi dan politik dengan penyelesaian yang bijak, kerana ia diturunkan oleh Allah.
Hukum-hukum dalam al-Quran
I'tiqadiyah
Hukum-hukum yang berkaitan dengan kewajiban para mukallaf untuk beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari pembalasan.
Akhlak
Tingkah laku yang berhubungan dengan kewajiban mukallaf untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat keutamaan dan menjauhkan dirinya dan sifat-sifat yang tercela.
Amaliah
Berkaitan dengan perkataan, perbuatan, akad dan muamalah (interaksi) antara sesama manusia.
:pushpin:Hukum muamalat: segala macam hukum perikatan, transaksi-transaksi kebendaan, jinayat dan 'uqubat (hukum pidana dan sanksi-sanksinya). Hukum-hukum muamalah ini diciptakan dengan tujuan untuk mengaur hubungan antara sesama manusia, baik sebagai perseorangan maupun sebagai anggota masyarakat.
:pushpin:Hukum ibadat: solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Hukum-hukum ini diciptakan dengan tujuan untuk mengatur hubungan hamba dengan Tuhan.
AS-SUNNAH
Pengertian Sunnah
Percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW serta pengakuan terhadap kenyataan atau tindakan orang lain.
Dari segi istilah para Usuliyyuun, as sunnah merupakan apa-apa yang terbit daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan, atau pengakuan.
Fungsi Sunnah terhadap al-Quran
Memperkuatkan hukum-hukum dalam Al-Quran
Menjelaskan ayat-ayat al-Quran yang kurang jelas.
Menasakhkan hukum-hukum al-Quran
Mengkhususkan maksud-maksud ayat al-Quran
Memperincikan ayat-ayat al-Quran
Menetapkan hukum baru
Membataskan maksud ayat-ayat al-Quran
Jenis Pembahagian Sunnah
Sunnah Qauliyyah: Segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi S.A.W. yang bertujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu hukum atau sesuatu tindakan agar umatnya melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.
Sunnah Fi’liyyah: Segala bentuk perbuatan Nabi S.A.W. sama ada dari segi ibadah, muamalah, pemerintahan seperti solat, berwuduk dan sebagainya. Namun tidaklah semua perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah.
Sunnah Taqririyyah: Perakuan Nabi S.A.W. terhadap percakapan, perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh para Sahabatnya sama ada melalui perakuan Baginda secara terus terang atau dengan mendiamkan diri. Antara contoh taqrir ialah seperti perakuan Nabi S.A.W. terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sahabatnya Muaz b. Jabal iaitu berijtihad ketika ketiadaan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ( Badran Abu al-Ainain Badran 1972 : 129 ). Selain itu, contoh lain juga adalah tentang memakan dabb. Rasulullah ditanya oleh para Sahabat tentang makanan tersebut sama ada makanan tersebut boleh dimakan atau tidak, maka Rasulullah mengatakan bahawa ia tidak haram, cuma yang menyebabkan aku tidak gemar padanya kerana binatang itu tidak terdapat di negeri kaumku.
Aini Zakirah binti Shuali
Nur Syahira binti Abdullah
Nurul Afiqah binti Ahmad Zambri