BAB 6 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Tarif - aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik sesebuah negara.

KEPENTINGAN / PERANAN

Tukaran asing - adalah kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan kemasukan tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara.

Pasaran Luas - perniagaan antarabangsa menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan tempatan. Peniaga tempatan dapat meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi produk yang mengalami lebihan dalam negara.

Guna Tenaga - perniagaan antarbangsa mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara. Keadaan ini memerlukan mobiliti faktor-faktor pengeluaran ke negara-negara yang berkeperluan.

Pemindahan Teknologi - melalui pelaburan firma antarabangsa, sesebuah negara akan menerima pemindahan teknologi dari luar negara. Penduduk akan memperoleh kepakaran dan kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Import - adalah aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi.

Eksport - adalah aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing.

Perlesenan - merupakan pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali satu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan.

Kontrak Pengeluaran - melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluarkan/menjual produk.

Francais - merupakan pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor.

Usahasama - gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.

Pelaburan Langsung - merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.

KONSEP DALAM PERNIAGAAN ANTARBANGSA

Pasaran Menimbul - merupakan sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih meju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarbangsa.

Globalisasi - berdasarkan konsep globalisasi, barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan permintaan.

Lokalisasi - adalah satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan.

Nasionalisasi - merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.

SYARIKAT MULTINASIONAL

adalah organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.

TUJUAN ORGANISASI MENJADI S.MULTINASIONAL

Meningkatkan jualan dan keuntungan - pengeluar dapat menjalankan pengeluaran secara besar-besaran kerana pasaran luas

Meningkatkan saiz pasaran - pengeluar dapat meluaskan pasaran dengan mengeksport produk ke pasaran dunia

Memperoleh teknologi baru - pengeluar tempatan melalui hubungan dua hala dapat melakukan pertukaran maklumat, teknologi.

Kekurangan sumber bahan mentah - pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH S.MULTINASIONAL

Struktur organisasi - syarikat harus membuat perubahan dari segi struktur dan kawalan mengikut keadaan semasa sesebuah negara yang dimasuki supaya operasi dapat berjalan dengan lancar.

Kawalan pengurusan - adalah cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan, mengadakan piawaian pengukuran dan penilaian mengikut keperluan setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi, politik dan undang-undang dan sebagainya.

Politik dan undang-undang - persekitaran politik dan perundangan sesebuah negara atau kawasan mempengaruhi iklim perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan undang-undang yang dibuat.

Ekonomi - sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan akan berkembang tetapi jika ekonomi lembap kuasa beli pengguna akan menurun.

Sosiobudaya - kombinasi lebih dari dua budaya yang berlainan yang menyebabkan kesukaran dalam mengadaptasikan sesebuah budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri.

PERANAN MITI DAN MATRADE DLM GALAKKAN PEMASARAN ANTARABANGSA

MITI (Ministry Of International Trade and Industry) - merupakan sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara.

MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) - memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan separuh siap.

GALAKKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Blok Perdagangan - diwujudkan dengan tujuan utamanya adalah menggalakkan kegiatan dagangan antara negara-negara anggota. Antara blok-blok dagangan adalah AFTA, NAFTA, EU dan ASEAN.

Kempen Kerajaan - antara insentif-insentif kerajaan dalam kempen menggalakkan perniagaan antarabangsa (eksport) adalah zon perdagangan bebas, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf perantis, subsidi dan hub halal.

Perlindungan Perdagangan - merupakan langkah kerajaan memberi perlindungan kepada industri tempatan daripada persaingan pasaran luar negara supaya industri tempatan dapat berkembang dengan sihat

Kaedah Perlindungan Pasaran Domestik - Tarif import terbahagi kepada 3 jenis iaitu duti ad-valorem, duti spesifik / khusus dan duti kompaun. Bukan tarif terdiri daripada kuota, embargo, subsidi dan piawaian kesihatan dan keselamatan produk.