Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implikasi teori pembelajaran untuk murid nakal dan murid berkeperluan khas…
Implikasi teori pembelajaran untuk murid nakal dan murid berkeperluan khas
Teori Behavioris
Meningkatkan rangsangan.
Guru bijak mengaplikasikan pendekatan, stratergi dan kaedah yang sesuai mengikut kesesuaian keperluan pelajar. Mengaplikasikan konsep peneguhan dan hukuman.
Pelajar biasa-nakal diberikan hukuman tarik balik smeentara pelajar berkeperluan khas diberikan peneguhan positif.
Cth. Bebelan dan leteran pada pelajar biasa-nakal diberhentikan seolah-olah guru tidak lagi peduli dengan pelajar. Untuk pelajar berkeperluan khas, guru memberikan ganjaran kepada pelajar yang berkelakuan baik di dalam kelas dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan baik.
Peranan guru dalam teori behavioris sangat penting. Maka guru seharusnya bersedia dari segala aspek sebelum menangani sesebuah proses pdp/seseorang pelajar itu.
Teori Kognitif
Menyediakan BBM yang berbentuk besar ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh. Adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid- murid dan sesuatu yang hampir dengan kanak-kanak tersebut. Manakala dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad.
Contohnya
guru ingin mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah tersebut. Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada hari itu.
Teori Konstruktivisme
Guru perlu membina suasana P&P yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka.
Guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi.
Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut.
Teori Humanistik
Guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyerupai persekitaran pembelajaran murid normal membantu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan MBK
Guru mengenalpasti dan suaikan rancangan pengajaran berdasarkan keperluan murid
Guru mengaplikasi pendekatan multi-sensory seperti mendengar, melihatmembuat, berbincang dan merasa
Guru perlu bersangka baik dan yakin bahawa MBK akan mampu mencapai satu tahap yang sama seperti murid aliran perdana seperti daripada sukar membaca kepada mampu membaca dengan fasih dan jelas
Teori Sosial
Rakan sebaya sebagai mode
Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis modelyang menunjukkan tingkah laku yang diingini
Guru boleh menggunakan murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dijadikan model di dalam kelas
Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid yang baik dan nakal supaya murid yang nakal dapat meniru tingkah laku murid yang baik dan seterusnya membentuk sahsiah peribadi yang baik
Memberi sokongan moral untuk menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid.
Contohnya, guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik
darjah. Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut agar tidak menjadi murid yang nakal
IMPLIKASI TEORI
AHLI KUMPULAN
FATIHAH
NAJIHAH
MASHITAH
AISHAH
ARLISYA