Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH SEKOLAH RENDAH, Kumpulan 3: Aina…
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH SEKOLAH RENDAH
Penyelesaian Masalah
Satu kaedah di mana murid akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses ini akan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
Pelaksanaan
Nyatakan masalah
Murid meneroka masalah
Guru dan murid membincangkan penyelesaian masalah dan rumusan
Ia melibatkan aktiviti mendengar, bertutur (bincang), memerhati dan melaksanakan.
Ciri-ciri utama
Guru memberikan latihan (masalah serta sokongan (bimbingan) semasa murid belajar menyelesaikan masalah.
Dilaksanakan mengikut peringkat penyelesaian masalah tertentu.
Contoh
Soalan guru : Setiap kali tiba bulan Ramadhan, umat Islam akan berpuasa. Bagaimanakah melaksanakan puasa yang dikehendaki oleh Islam.
Murid akan mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut sama ada secara mengakses maklumat daripada buku teks atau Internet, berkolaborasi dengan rakan dan guru atau berbincang dan berhujah berdasarkan maklumat yang disediakan.
Dari konteks Ibadah, tentulah murid diminta mengamalkannya. Guru boleh mencuba dengan meminta murid simulasikan atau berpuasa sunat dan cuba memastikan pendengaran dapat dikawal. Kemudian, guru boleh meminta murid melakukan penilaian kendiri atau refleksi dalam kelas.
Perbincangan / Dialog
Menurut Killen (1947), perbincangan ialah proses berinteraksi secara bersemuka di mana pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan atau menyelesaikan masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan kefahaman pelajar.
Menurut Kementerian Pendidikan (1990), perbincangan merupakan satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat mengenai sesuatu topik.
Perbincangan mengandungi cadangan, fakta, pendapat, pengalaman dan lain-lain yang disumbangkan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Langkah Pelaksanaan
Merancang dan menentukan topik.
Pastikan semua murid memberi pendapat/soalan.
Menggalakkan penilaian objektif semasa idea dikemukakan.
Meringkaskan, merumus idea hasil perbincangan.
Guru menyediakan topik dosa dan persoalan. Contoh, jenis dan sebab dosa.
Murid dibahagikan ke dalam kumpulan kecil.
Murid memulakan perbincangan mereka berkenaan soalan jenis, contoh dan sebab dosa.
Tentukan masa perbincangan serta guru mengawal keadaan murid supaya semua murid mengambil bahagian.
Murid digalakkan memberikan pandangan masing-masing memberi respon setiap idea yang dikemukakan.
Murid dapat menilai jenis-jenis dosa melalui contoh yang diberikan berdasarkan sebab-sebab yang muhasabah serta dapat mengetahui cara mengatasi.
Contoh Aktiviti Perbincangan
Tajuk Konsep Dosa Besar dan Kecil (Tahun 5).
Menghuraikan cara menjauhi dosa meninggalkan solat dengan cara mengatasinya ialah sentiasa solat awal waktu.
Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi.
Pendekatan dialog dalam proses pengajaran dan pembelajaran satu pendekatan bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang subjek yang dipelajari melalui pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan.
Kumpulan 3:
Aina Munawwarah binti Ismail
Nurul Afiqah binti Ahmad Zambri