Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA KITAR SEMULA DAN UPCYCLE, ELEMEN KELESTARIAN ALAM DALAM…
PERBEZAAN ANTARA KITAR SEMULA DAN UPCYCLE
KITAR SEMULA
proses untuk menghancurkan barang yang sudah tidak digunakan kemudian diolah lagi menjadi sesuatu yang baru dan mempunyai manfaat, sehingga dapat digunakan kembali.
Contoh, botol kaca dihancurkan menjadi pecahan-pecahan kecil, kemudian diolah oleh kilang untuk dilelehkan sehingga menjadi bahan kaca daur ulang yang boleh dicetak kembali sesuai keinginan.
UPCYCLE
proses ulangan yang mengubah barang itu menjadi barang dengan kemanfaatan baru tanpa menghilangkan bentuk barang asli.
Contoh seluar jeans yang lama, dipotong dan dijahit semula menjadi beg
ELEMEN KELESTARIAN ALAM DALAM AMALAN 5R
REDUCE (KURANGKAN)
Mengurangkan penggunaan yang tidak dapat dilupuskan atau mengambil masa yang sangat lama untuk lupus
Contohnya mengurangkan penggunaan plastik dan polistirena
REUSE (GUNA SEMULA)
Menggunakan semula sesuatu barangan,bahan atau produk
Contohnya menggunakan semula botol air plastik, bawa beg yang boleh diguna semula semasa membeli barang, bawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan dan sebagainya
RECYCLE (KITAR SEMULA)
Mengitar semula barangan yang telah digunakan untuk dijadikan bahan lain atau produk yang baru yang boleh digunakan semula
Contohnya mengitar semula kertas yang dapat dijadikan pelbagai produk baru seperti bingkai gambar, bakul dan sebagainya.
Hal ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara yang disebabkan pembakaran sampah
Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.
RETHINK (FIKIR SEMULA)
Berfikir terlebih dahulu sebelum menggunakan atau membuang sesuatu barang dengan mengambil tahu barang yang digunakan boleh memberi kesan kepada alam sekitar atau tidak.
Contohnya telefon bimbit yang mempunyai komponen elektronik yang tidak boleh diurai serta bateri
REPAIR (BAIKI)
Membaiki kerosakan barangan bagi mengelakkan pembelian barangan baru
Contohnya membaiki peralatan elektronik seperti kipas,peti sejuk, televisyen dan sebagainya
Hal ini bagi mengelakkan pertambahan pembunagan sisa pepejal
TEKNOLOGI HIJAU DALAM AMALAN 5R
Kenderaan elektrik dan kereta hibrid
Menggunakan industri fotovolta.
Produk biodegradasi dan baja kompos sebagai contoh beg plastik biodegradasi bekas makanan dan sebagainya
Penggunaan bekas makanan ubi kayu dan penggunaan pengangkutan awam
RUJUKAN
https://app.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-05/teknologi-hija
https://anyflip.com/gjqyy/fyzf
https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131
https://sustaination.id/daur-ulang/