Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cara merungkai standard yang telah dipelajari - Coggle Diagram
Cara merungkai standard yang telah dipelajari
Mengungkap
Kriteria Murid
Teliti Hasrat Pembelajaran murid yang telah ditulis.
Senaraikan Kriteria Kejayaan berdasarkan Hasrat Pembelajaran yang ditulis.
Berkemungkinan, satu Hasrat Pembelajaran boleh menghasilka beberapa Kriteria Kejayaan.
Kriteria Kejayaan murid ditulis sebagai “Saya dapat…” yang menunjukkan keberhasilan murid mendapat SK dan SP tersebut.
Kenal pasti Pengetahuan
& Kemahiran
Teliti mana-mana DSKP sekolah rendah.
Pilih satu Standard Kandungan (SK) yang akan dirungkai.
Lazimnya satu SK mengandungi beberapa Standard Pembelajaran (SP) dan merangkumi Tahap Penguasaan (TP) 1 - 6.
Menggunakan Lampiran Toolkit - Merungkai Kurikulum, senaraikan pengetahuan (apa yang murid perlu tahu) dan kemahiran (apa yang murid boleh buat) yang terdapat dalam SK tersebut.
Penyataan pengetahuan lazimnya menggunakan kata nama sementara kemahiran menggunakan kata kerja.
Langkah Akhir
Merungkai DSKP
Membina Soalan Penting
Teliti idea utama dan bina soalan yang mampu menjadi persoalan utama bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
Merancang Tugasan
Merancang Tugasan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari.
Membina Idea Utama
Menggunakan Ayat yang 'catchy' yang dapat menunjukkan keseluruhan pengetahuan dan kemahiran dalam DSKP yang dirungkai.
Jenis Pentaksiran atau Eviden
Senaraikan jenis pentaksiaran dan eviden yang dapat digunakan bagi menilai murid.
Merancang Aktivti PdP
Merancang aktiviti PdP bagi membantu murid menyelesaikan tugasan.
Menyusun Urutan
Perkembangan
Pembelajaran
Teliti urutan di dalam Standard Pembelajaran (SP) bagi satu Standard Kandungan (SK) yang dipilih.
Lazimnya, susunan yang terdapat di dalam SP menggambarkan proses Perkembangan Pembelajaran murid.
Tulis urutan Perkembangan Pembelajaran tersebut di dalam Lampiran (Toolkit- Merungkai Kurikulum)
Kenal pasti kepentingan Perkembangan Pembelajaran dan perkaitannya dengan Kriteria Kejayaan bagi semua / setiap murid.
Mengungkap Hasrat
Pembelajaran
Teliti Standard Pembelajaran (SP) bagi satu Standard Kandungan (SK) yang dipilih.
Penyataan Hasrat Pembelajaran murid ditulis sebagai “Saya belajar…” yang menunjukkan ‘niat’ keinginan murid untuk mempelajari SK dan SP tersebut.