:butterfly: Rancangan Pengajaran Harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci.
:butterfly: Satu rancangan untuk satu unit PdP yang padu.
:butterfly: Biasanya direka bentuk untuk disempurnakan dalam satu sesi PdP di dalam bilik darjah.
:butterfly: Rancangan ini mengandungi maklumat umum pengajaran seperti subjek, tajuk, tarikh, hari, kelas, masa, tajuk besar dan subtajuk, jumlah murid, objektif, bahan bantu mengajar, maklumat umum, pengetahuan sedia ada pada murid, isi pengajaran, set induksi, kemahiran yang hendak diterapkan, aktiviit yang disusun mengikut urutan yang mengandungi pendekatan dan kaedah kaedah PdP serta penggunaan BBM selain anggaran kadar masa yang diperlukan bagi sesuatu objektif.