Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - Coggle Diagram
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Negara
perpaduan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai, seperti kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian budaya.
kecekapan
menerima peruntukan yang tinggi
keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem
berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa
akses
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah sehingga menengah menjelang tahun 2020.
ekuiti
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.
kualiti
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS & PISA dalam tempoh 15 tahun.
Enam Aspirasi Murid
Kemahiran Berfikir
Dapat menghubungkan pelbagai ilmu dan mencipta ilmu yang baharu
Menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan, pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif
Menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Etika dan Kerohanian
Bijak dalam membuat pertimbangan dan dapat menyelesaikan konflik secara harmoni.
Berpegang kepada prinsip ketika berada di dalam situasi yang kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul
Membentuk individu penyayang demi kesejahteraan komuniti dan negara
Kemahiran Dwibahasa
Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan
Setiap kanak akan menguasai bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima
Kemahiran Memimpin
Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan
Mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan serta mengamalkan ciri-ciri kepimpinan
Kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
Pengetahuan
Memastikan murid mempunyai keupayaan literasi & numerasi
Menguasai mata pelajaran teras : BM / BI / MAT / SC /SEJ
Bidang seni, muzik dan sukan - mengaplikasi dalam kehidupan
Memupuk nilai diri untuk kesejahteraan diri & masyarakat & negara
Identiti Nasional
Memupuk semangat patriotik dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara
Meneguhkan semangat keterangkuman, menerima kepelbagaian dan menghayatinya
Penghayatan prinsip Rukun Negara
Ahli Kumpulan: Tok Lik Sheng, Dennis Lieu, Stanley Yap, Choo Yin En, Tracy Tie, Jennifer Lee, Chieng Xing Rou, Chloe Ting, Kelly Liew, Pauline Pan