Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP EKONOMI ISLAM DI MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W - Coggle…
KONSEP EKONOMI ISLAM DI MADINAH PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Definisi ekonomi islam
suatu sistem berteraskan syariah bagi melindungi dan menegakkan keadilan dalam pemerolehan , penggunaan dan pengurusan sumber alam dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T dan manusia keseluruhannya
Ekonomi merupakan satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan Islam samada di peringkat perolehan , penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri , masyarakat dan negara dari segi rohanu dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T
Tazkiyah
Membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat , bersedekah dan sebagainya
Pembersihan jiwa ini juga dapat dibentuk dengan mengikis sifat bakhil dan diganti dengan sifat pemurah , zuhud dan qanaah disamping kompromi dan pengagihan kekayaan sama rata serta sikap saling bekerjasama dan membantu
Istikhlaf
Segala aktiviti ekonomi di dunia perlu dilihat dari segi 'nilai kini bagi natijah (kesan) pada hari akhirat'
Di dunia ini , aktiviti berekonomi merupakan salah satu daripada amanah dan tanggung jawab manusia
kepada Allah S.W.T
Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah S.W.T dan diberikan milik sementara kepada manusia
Manusia sebagai khalifah Allah merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab
memakmurkan dunia
Kerja sebagai ibadah
Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak dan peraturan agama
Kerja dan upah
Golongan buruh merupakan golongan majoriti dan seringkali menjadi mangsa penindasan majikan. Oleh itu jaminan khas untuk melindungi dan membela hak-hak asas mereka perlu sekali. Ini termasuk upah minima , kemudahan hidup , pasaran buruh dan sebagainya
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan berbagai-bagai kemampuan dan oleh itu Allah menggalakkan manusia bekerja dan memiliki hasil dari titik peluhnya
Konsep kerja ini akan membawa peningkatan taraf hidup masyarakat yang disertai dengan keadilan , pengagihan harta dan kekayaan
Menghindari larangan dan
perkara merosakkan
Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan hendaklah bagi kesejahteraan awam
Islam mengharamkan segala bentuk aktiviti ekonomi yang memudharatkan seperti keruntuhan akhlak , kerosakan masyarakat dan kepincangan keluarga , penindasan , penipuan , pencurian , pembaziran , berjudi , arak , pelacuran dan lain-lain
Prinsip untung
dan rugi
Prinsip untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalat Islam. Berdasarkan prinsip ini , mekanisma
seperti mudarabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi
Prinsip permuafakatan
Islam menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara pasangan-pasangan
unit ekonomi seperti majikan dengan pekerja , penjual dan pembeli serta pengeluar dan pengguna.
Unit ekonomi tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan diri kepada nilai keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama
Keadilan sosial
Islam mengakui ketiadaan persamaan kemampuan dan perolehan tetapi ia melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar , yang mana boleh mengakibatkan permusuhan
Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu semata-mata , malah hendaklah dikongsi bersama bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik
Islam menekankan konsep jaminan sosial (social security) iaitu setiap anggota masyarakat mendapat jaminan keperluan minima hidup manusia (fuqaha hadd al-kifayah) tanpa memandang keturunan atau agama