Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Mereka percaya akan fenomena alam yang diklasifikasikan sebagai ‘Yin’ dan ‘Yang’.
Yin adalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif.
Yang merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang) dan segala yang termasuk keaktifan