Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA, KONSEP HUKUM TAKLIFI - Coggle Diagram
HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA
Hukum taklifi ditakrifkan sebagai hukum tugasan yang berkaitan dengan arahan melakukan sesuatu perkara (talab Al fi'l) atau arahan meninggalkannya (talab Al Kaff) atau pilihan sama ada untuk melakukannya atau meninggalkan (takhyir).
Hukum taklifi dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi elemen pentaklifan atau tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia seperti yang telah dihuraikan sebelum ini.
Hukum taklifi terbahagi kepada lima, iaitu WAJIB, SUNAT, HARAM, MAKRUH dan HARUS
WAJIB
Pembahagian wajib dari sudut ikatan waktu pelaksanaannya.
WAJIB MUTLAQ
Mengqadakan puasa bagi mereka yang telah meninggalkan dengan keuzuran.
WAJIB MUQAYYAD
Solat fardhu, puasa ramadhan.
Pembahagian wajib berasaskan penentuan kadar.
WAJIB MUHADDAD
Kadar pengeluaran zakat.
WAJIB GHAYR MUHADDAD
Bersedekah pada jalan Allah.
Pembahagian wajib berasaskan penentuan jenis.
WAJIB MU'AYYAN
Solat dan puasa fardhu.
WAJIB GHAYR MU'AYYAN
kewajipan melunaskan salah satu daripada tiga bentuk kafarah sebagai hukum akibat pelanggaran sumpah.
Pembahagian wajib berasaskan pihak yang memikul tanggungjawab.
WAJIB 'AINI (Fardhu 'Ain)
Solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan
WAJIB KIFAI (Fardhu kifayah)
Mempelajari ilmu astronomi, matematik, sains
Perkara wajib atau fardhu ialah perintah yang disertai dengan janji pahala bagi melaksanakannya dan ancaman neraka bagi yang meninggalkannya.
SUNAT
Bahagian-bahagian sunat
Sunnah Ghayr Muakkadah
Perkara keagamaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, namun bukan secara konsisten.
Contohnya ialah solat sunat rawatib sebanyak empat rakaat sebelum solat Zuhur dan Isyak, sedekah sunat, berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu dan sebagainya.
Sunnah Az Zawaid
Sunnah az zawaid atau fadilah iaitu suatu tindakan yang cuba mencontohi perlakuan Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian baginda sebagai seorang manusia.
Antara contoh bagi kategori sunat ini ialah mencontohi baginda dalam adab-adab makan dan minum, tidur, berjalan, corak berpakaian dan sebagainya.
Sunnah Muakkadah
Sunnah muakkadah bermaksud sunat yang sangat digalakkan daripada perkara keagamaan yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan jarang sekali ditinggalkannya.
Antara contoh bagi kategori sunat ini ialah solat sunat sebelum solat subuh, suruhan agar azan dilaungkan bagi setiap solat fardu, berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sewaktu berwuduk dan seumpamanya.
Mengerjakannya mendapat pahala dan meninggalkannya tidak akan mendapat dosa. Melakukannya lebih baik daripada tidak melakukannya.
HARAM
Bahagian-bahagian haram
Haram LIzatihi
Haram lizatihi merujuk kepada perkara yang telah diharamkan pada asalnya kerana ia boleh memberikan kesan buruk secara total atau jauh lebih banyak berbanding kesan baik yang mungkin wujud daripadanya.
Sebagai contoh, hukum arak adalah haram lizatihi kerana ia lebih banyak memberikan kesan negatif kepada peminumnya seperti hilang kewarasan akal, serta mencetuskan perbalahan dan ketagihan; sekalipun tidak dinafikan ia boleh memberikan sedikit kebaikan seperti untuk memanaskan badan. Seperti juga perzinaan, membunuh diri, mengahwini mahram, memakan riba dan sebagainya.
Haram Lighayrih
Haram lighayrih pula merujuk kepada hukum bagi perkara yang pada asalnya adalah halal kerana ia memiliki kebaikan yang jauh lebih banyak berbanding keburukan serta tidak pula memberikan sebarang kemudaratan kepada manusia. Namun begitu, hukum bagi perkara tersebut kemudiannya berubah menjadi haram dengan sebab wujudnya faktor luaran.
Sebagai contoh, hukum melakukan transaksi jual beli adalah harus namun ia boleh menjadi haram lighayrih apabila dilakukan sewaktu azan dilaungkan. Alasannya ialah kerana perlakuannya pada waktu tersebut akan menyebabkan kelewatan daripada menunaikan solat fardu. Keadaan yang sama juga berlaku dalam kes peminangan kerana sekalipun ia merupakan suatu perkara yang disyariatkan (sunat), namun hukumnya boleh berubah menjadi haram jika ia dilakukan ke atas peminangan orang lain. Alasannya ialah kerana tindakan ini boleh mengakibatkan perasaan kurang puas hati dan permusuhan di kalangan mereka yang terlibat dalam peminangan tersebut.
Perintah meninggalkan sesuatu dengan janji pahala jika kamu mentaatinya. Manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan dosa.
MAKRUH
Konsep Hukum Makruh
Makruh merujuk kepada sesuatu perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan bukan dengan cara yang tegas dan pasti. Individu yang melakukan perkara yang makruh tidak akan menerima kejian mahupun sebarang dosa. Namun demikian, individu yang meninggalkannya kerana Allah s.w.t, berhak mendapat pujian dan pahala kerana dia telah meninggalkan perkara yang kurang disenangi dalam agama.
Bahagian-bahagian makruh
Makruh Tahrimi
Makruh tahrimi ditafsirkan oleh ulama Hanafiyyah sebagai perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan dengan tuntutan yang tegas menerusi dalil syarak yang berstatus zanni seperti Hadis Ahad.
Antara contoh makruh dalam kategori ini ialah seperti meminang pinangan orang lain dan membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Menurut mereka, makruh tahrimi menyamai hukum wajib kerana kedua-duanya hanya bersandarkan kepada dalil syarak yang berstatus zanni.
Makruh Tanzihi
Makruh tanzihi pula di sisi mereka adalah hukum makruh yang sebenar seperti yang difahami oleh jumhur ulama iaitu suatu perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan bukan dengan cara yang tegas.
HARUS
Mubah adalah hukum harus. Umat Islam boleh melakukannya atau meninggalkannya. Kedua-duanya tidak mendapat pahala atau mendapat dosa.
Perbuatan makan minum, bermain, mandi, berehat dan lain-lain.
KONSEP HUKUM TAKLIFI