Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Dakwah Rasulullah SAW Perutusan Wahyu Pertama sehingga Peristiwa Hijrah ke…
Dakwah Rasulullah SAW Perutusan Wahyu Pertama sehingga Peristiwa Hijrah ke
Madinah
Ibrah Peristiwa Israk & Mikraj
BAITULMAQDIS ADALAH HARTA UMAT ISLAM
Membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah dan wajib dipertahankan oleh semua umat Islam
MENGAKUI KEBESARAN ALLAH DAN KEHEBATAN KERAJAANNYA
Mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah
KEPENTINGAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU Keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain
MENJAUHI PERKARA MUNGKAR DAN YANG DILARANG Memberi iktibar kepada kita supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah
GALAKAN UNTUK SENTIASA MEMINTA KEPADA ALLAH SWT
Meminta keringanan waktu solat memberi gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam meminta Allah untuk mengabulkan doa dan permintaan kita
KESEDIHAN TERHADAP DUNIA, PENGUBAT RINDUNYA ADALAH ALLAH SWT
Menunjukkan bahawa Allah SWT sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa
Impak Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW Kepada Ketamadunan Islam
Sudut Agama
Yathrib secara langsung menjadi pusat penyebaran agama Islam.
Agama Islam berkembang dengan pesat, meluas dan penganutnya semakin bertambah ramai.
Keimanan orang Islam semakin mantap dan bertambah baik.
Umat Islam dapat beribadat dengan lebih terbuka dan selesa
Sudut Politik
Piagam Madinah berjaya dibentuk dan merupakan perlembagaan negara yang pertama sekali di dunia. Oleh yang demikian terbentuklah negara Islam pertama, penuh berdaulat yang melaksanakan dasar – dasar kerajaan bersendikan undang – undang Islam sepenuhnya
Sudut Sosial
Mengubah cara hidup masyarakat yang berpuak – puak atau berkabilah yang sentiasa bermusuhan (Aus dan Khazraj) kepada masyarakat yang bersatu padu dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.
Menanamkan nilai – nilai murni yang bersendikan aqidah dan akhlak.
Membentuk ummah yang kuat melalui amalan hidup bermasyarakat yang adil tanpa penindasan.
Sudut Ekonomi.
Kedudukan ekonomi orang Islam di Madinah semakin kukuh. Madinah bukan sahaja kawasan pertanian yang sesuai malahan merupakan kawasan yang strategik dari segi perdagangan kerana letaknya di tengah – tengah antara Makkah dan Syam.
Sistem ekonomi Islam telah diperkenalkan, seperti jual beli, pengharaman riba, penipuan dan rasuah.
Peniaga – peniaga kecil tidak lagi ditindas oleh golongan saudagar.
Kedudukan ekonomi masyarakat Islam semakin kukuh dan seimbang hingga menjadikan masyarakat dan negara lebih makmur, stabil dan maju.