KEOBJEKTIFAN
Definisi
Merupakan salah satu ciri ujian yang penting kerana mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian
Jawapan yang sama mesti dapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa berbeza.
Dua aspek keobjektifan yang diberi perhatian: i. Keobjektifan dalam memeriksa ii. Keobjektifan dalam menginterpretasi item ujian
Keobjektifan Penskoran
Perskoran bagi jawapan ujian bebas bergantung pada pertimbangan pemeriksa yang memeriksa dan hal ini menyebabkan rendah keobjektifannnya.
Secara ringkasnya, keobjektifan ujian merujuk kepada tahap instrument itu bebas daripada ralat personal (pemeriksa)
Seseorang atau ramai pemeriksa yang berlainan akan mencapai keputusan atau skor yang sama bagi sesuatu ujian.
Ujian yang mempunyai keobjektifan perlu dibina dengan baik di mana hanya satu jawapan yang betul untuk satu soalan tersebut.
Penghakiman peribadi pemeriksa tidak boleh menjadi faktor yang mempengaruhi skor ujian
Prosedur perskoran perlu jitu dan tiada kekeliruan sama ada ianya betul atau salah.
Skor yang diberikan tidak dipengaruhi oleh jantina, kaum, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya.
Latihan berterusan perlu diadakan bagi pemeriksa supaya menguasai kemahiran memeriksa dengan jitu dan tekal.
Contoh: peperiksaan institusi hanya memaparkan angka giliran dan bukan nama
Keobjektifan Item Ujian
Item yang dikemukan hanya mempunyai satu jawapan yang tetap.
Satu item ujian harus dinterpretasi atau diberikan makna yang sama seperti yang dinginkan penggubal untuk semua calon.
Item ujian harus bebas daripada sebarang kekaburan.
Item objektif mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana hanya mempunyai satu jawapan yang tepat sahaja. Maka, mana-mana pemeriksa yang memeriksa ujian objektif akan tetap memberikan skor yang sama
Item yang membawa dua makna atau lebih dari satu jawapan harus dielakkan.
Langkah Meningkatkan Keobjektifan
Sediakan skema perskoran yang tepat
Sampel jawapan
Kandungan
Pengredan
Mengadakan penyelarasan dari segi perskoran