Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implikasi Proses Pembelajaran terhadap Pengajaran dan Pembelajaran -…
Implikasi Proses Pembelajaran terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Kesediaan Pelajar
Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar murid dalam bilik darjah
Bahan pengajaran perlu dirancang supaya ianya bergerak dariada senang kepada susah, daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada abstrak, daripada umum kepada khusus dan daripada dekat kepada jauh
Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat murid mereka yang berbeza
Guru digalakkan mengguna pelbagai contoh, kaedah dan bahan pengajaran semasa menjalankan pengajaran mereka
Persepsi dan Penanggapan
Guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak
Menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid
Guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul
Guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat
Peranan ibu bapa dan guru seboleh-bolehnya mempelbagaikan kaedah mengajar, mendidik dan membimbing anak-anak
Pemindahan Pembelajaran
Membantu pelajar membuat generalisasi
Memberi keupayaan kepada pelajar untuk jelas tentang perkaitan pelajaran yang baru dan yang lama
Membantu guru membuat persediaan mengajar dari peringkat awal dan perkembangan pelajaran
Membina pemahaman konsep yang teguh
Ingatan dan Lupaan
Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan bijak terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar
Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta
Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima
Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnyamembentuk konsep yang betul
Guru harus mengamalkan komunikasi berkesan bagi membentuk iklim pembelajaran yang dimaksudkan
Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran