Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
ETNIK
Etnik dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Contoh, etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India
RAS
Ras ialah sekelompok manusia berdasarkan kualiti fizikal atau sosial yang dikongsi ke dalam kategori yang umumnya dilihat berbeza oleh masyarakat. Contohnya, perbezaan warna kulit.
ASIMILASI
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba Nyonya
DISKRIMINASI
Diskriminasi bermakna satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain.Contohnya, kerajaan mengeluarkan perintah untuk menutup IPGKPM kerana tidak mempunyai percampuran kaum dan jantina.
PREJUDIS
Prejudis bermakna sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang berlainan atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional kerana kumpulan tersebut mempunyai kualiti tersebut. Contohnya, tanggapan orang luar mengenai gaya hidup orang Sabah dan Sarawak yang masih hidup di atas pokok.
ETNISITI
Etnisiti merujuk kepada perasaan kekitaan diantara etnik tertentu yang dapat mewujudkan satu kebudayaan yang dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu titik persamaan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Contohnya, perkongsian kepercayaan kaum Cina seperti tidak menyapu sampah ketika Sambutan Tahun Baru Cina
ETNOSENTRISME
Etnosentrisme ialah pandangan atau sikap yang percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik lain. Contohnya, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia serta tidak boleh bergaul dengan golongan kasta yang lain.
RASISME
Rasisme merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Contohnya, India Islam ditindas di negara India.
BUDAYA
Budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Agama Islam menjadi agama tunjang kaum Melayu
PERPADUAN
Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan
SEGREGASI
Segregasi merujuk kepada suatu proses yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan yang lain.
Kaum Melayu tinggal di kampung, India tinggal di estet, Cina di bandar dan Asli di hutan
AKOMODASI
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Mengamalkan kepelbagaian bahasa dalam masa yang sama Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia
AKULTURASI
Akulturasi adalah satu proses di mana seseorang atau kumpulan dari satu budaya datang untuk mengamalkan amalan dan nilai-nilai budaya lain, sambil tetap mempertahankan budaya mereka sendiri.
Pemberian Angpow di Tahun baru Cina
AMALGAMASI
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Perkahwinan campur
INTEGRASI
Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik, identiti, budaya, dan hak hidup sesuatu sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Pemakaian baju tradisional sebagai baju rasmi dalam urusan formal harian
STEREOTAIP
Stereotaip bermakna kenyataan umum tentang sesuatu kumpulan etnik. Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik. Pandangan rendah berteraskaninteraksi dan semangat perkauman. Contohnya, semua kaum India dianggap pengotor.