Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAJIAN FABRIK - Coggle Diagram
KAJIAN FABRIK
-
Pengenalan
Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semula jadi sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber aslidan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain.
Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.
Jenis Gentian
GENTIAN ASLI
Selulosa
1.Kapas = Buah kapas dari pokok kapas
2.Linen =Serat pokok flaks
3.Jut =Serat batang jut
4.Rami =Serat batang rami
5.Hemp = Manila hemp atau batang abaca
1.Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan
untuk menghasilkan berbagai artikel rumahtangga dan
pakaian.
- Gentian kapas boleh diperolehi daripada buah kapas.
- Buah kapas yang masak akan merekah dan kembang sebelum
dipetik dengan tangan atau mesin pemetik.
- Gentian kapas boleh dicampur dengan gentian yang lain
seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik
kapas campuran
2.Linen dibuat daripada gentian batang pokok fleks.
- Batang fleks diikat dan direndam sehingga kayunya reput dan
meninggalkan gentian-gentian fleks.
- Gentian-gentian fleks disikat, diluruskan, dan dipintal menjadi
benang serta ditenun menjadi kain.
Protein
1.Sutera =Fabrik sutera didapati daripada kepompong kupu-kupu Bombyx Mori
- Larva akan memakan daun mulberi dan mengeluarkan cecair sutera yang dipanggil spineret dan terbentuklah kukun apabila cukup besar.
- Kukun dipanaskan untuk membunuh kepompong dan mencairkan serikin (game).
- Hujung filamen daripada kukun digulung dalam bentuk gelung yang dipanggil sutera mentah.
- Benang sutera kemudian ditenun menjadi kain sutera yang bermutu tinggi.
2.BENANG SAYAT (BULU BIRI-BIRI)
- Fabrik benang sayat diperoleh daripada bulu haiwan seperti
bulu kambing biri-biri, unta, dan arnab.
- Bulu akan dibersih, dibilas, dan dikeringkan
- Bulu biri-biri disikat untuk menjadi gentian yang halus
- Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri
yang licin dan bermutu tinggi.
- Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang
bulu yang halus.
- Biri-biri jenis Merino dapat menghasilkan bulu yang bermutu
tinggi dan gentian yang halus serta panjang.
Mineral
- Asbestos =Ketulan batu silicate of magnesium dan kalsium
- Dilombong di Australia, Kanada dan Afrika selatan
- Satu-satunya gentian kalis api, menyerupai kristal, halus, kukuh dan tahan panas (sehingga 500 c)
- Dibuat pakaian bomba, langsir drep, selimut dan sarung tangan ketuhar
Getah
- Elastomer =Susu getah asli daripada pokok getah
- Dibekukan dan diproses untuk dijadikan yarn dalam penghasilan pakaian dasar
- Mempunyai sifat memeri dengan baik, sesuai untuk pakaian sukan, pakaian mandi, tali pinggang dan sarung tangan.
-
-