Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Struktur dan ciri-ciri masyarakat jahiliah arab - Coggle Diagram
Struktur dan ciri-ciri masyarakat jahiliah arab
Pengenalan
Peradaban dunia menjelang lahirnya islam telah menyimpang jauh dari ketentuan ajaran Allah.
Terdapat dua kekuatan peradaban dunia pada masa pra-islam iaitu peradaban romawi timur dan peradaban Persia - tempat lahirnya islam, merupakan super power dunia dan adikuasa dunia
Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup, tidak mempunyai peradaban, masyarakat yang tidak boleh membaca dan menulis, bertamadun tetapi tiada akhlak dalam agama
Definisi jahiliah - bodoh atau sesat
Arab sebagai tempat muncul agama islam belum dikenal dalam percaturan sejarah dunia sebelumnya - mempunyai corak keruntuhan moral dan sama sekali tidak mencerminkan budaya yang positif sehingga digelar peradaban jahiliah
Zaman jahiliah selepas keruntuhan Empangan Marib hingga tahun 610 masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad
Nabi Muhammad diutus oleh Allah untuk menjunjung tinggi peradaban berakhlak dan mengesakan Allah - agama islam yang sudah lengkap dan sempurna
Ciri-ciri masyarakat arab jahiliah
Aspek agama dan kepercayaan
Percaya kepada animisme dan tahyul
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala - penyembahan berhala muncul selepas kewafatan nabi Ismail.
Objek bercakrawala dan objek di bumi di sembah menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima
Penganut agama langit spt Hanif, Nasrani dan Yahudi di kalangan masyarakat Arab tidak ramai
Ajaran Hunafa - ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan bertempat di Hunafa. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail sampai di Mekah lebih awal. Maka, ajarah Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab
Agama Yahudi - disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israel, mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah SWT. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah
Agama Nasrani - disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama.
Kepelbagaian berlaku kerana ada pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab - Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan tahyul
Kepercayaan Majusi - disebarkan oleh orang parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh masyarakat Parsi
Aspek politik dan pentadbiran
Di makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas - ciri ciri politiknya ada unsur jahiliah
Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah spt Romawi dan Parsi
Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram, berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak lain
Perebutan kuasan antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang aman penting
Masyarakat Arab utara dan selatan - tiada struktur pentadbiran/politik yang jelas dan tetap
Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh Rom dan Parsi
Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi
Pentadbiran - masyarakat arab jahiliah mengamalkan sistem kabilah, syarat syarat pelantikan syeikh mesti disukai ahli kabilah dan berfikiran matang, gagah, berani serta pandai berpidato, wujudnya semangat assabiyah
Ekonomi
Namun, penjajahan Rome ke atas Syria mengakibatkan perdagangan arab turut terjejas
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandari di Syria dan Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab.
Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang
Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan
Misi-misi perdagangan dihantar ke Syria, Habsyah, Yaman dan Parsi spt barang rempah, permata, emas sutera dan lain-lain diimport
Berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain lain dieksport melalui pelabuhan
Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf (moyang kepada Nabi Muhammad) melakukan perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi
Menjalankan kegiatan ekonomi yang tidak adil
Perniagaan berasaskan riba dan penindasan
Penindasan dan eksploitasi terhadap golongan miskin
Rampasan dan rompakan ke atas kafilah dianggap sebagai suatu kewajipan
Aspek Sosial
Kedudukan wanita dipandang hina - kedudukan rendah, bunuh bayi perempuan, tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka, kaum lelaki dibenarkan kahwin lebih dari seorang sekaligus
Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan diri dalam kegiatan perjudian, pelacuran dan penbunuhan
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan
Semangat assabiyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah - tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain - peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkasa kecil - peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama
Aspek ilmu pengetahuan
Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran spontan
walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan
Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya
Kebanyakan masyarakat arab jahiliah buta huruf
Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis
Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup
Struktur masyarakat arab jahiliah
Masyarakat Hadari
Ada lima golongan
i. golongan bangsawan - ahli perniagaan dan pemerintah tempatan
ii. Golongan pendeta (pendeta) - tukang tilik dan penyair yang mendapat tempat di hati masyarakat pada waktu itu
iii. Golongan hamba
iv. Wanita
v. Masyarakat awam dan rakyat biasa
Struktur masyarakat Arab agak mudah - terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar
Berpuak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal
Setiap puak lantik syeikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu
Hamba dibeli untuk dikerah tenaga untuk golongan bangsawan
Suku Badwi
Hidup berpuak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh
Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani
Suku badwi tidak wujud kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah
Mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok, semakin kuat masyarakatnya.