Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA, 2.2 MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN…
BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
2.1 KAEDAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
2.2 MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
2.3 KEGUNAAN PENDAPATAN NEGARA
2.4 KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA SEBAGAI ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP
2.2 MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
MASALAH PENGUMPULAN DATA
:
Maklumat yg diberikan tidak lengkap dan tidak tepat
Tidak disimpan secara sistematik
Berlaku di negara yg membangun
Cth: petani tidak menyimpan rekod jumlah hasil yg dikeluarkan.
MASALAH PENGIRAAN DUA KALI
:
Berlaku krn sukar membezakan antara barang perantaraan dengan barang akhir
Cth: tepung bagi pembuat roti adalah merupakan barang perantaraan manakala bg suri rumah, ia merupakan barang akhir.
MASALAH BARANG DAN PERKHIDMATAN TIDAK DIPASARKAN
;
Hanya mengambil kira keluaran yg dipasarkan sahaja
Kegiatan yg tidak melibatkan pembayaran wang tidak diambil kira walaupun produktif.
Cth: hasil pertanian untuk kegunaan sendiri
MASALAH PERUBAHAN HARGA
:
Harga berbeza-beza antara tempat dalam sesebuah negara
Menimbulkan kesulitan dalam menentukan harga utk mengira sumbangan sesuatu kegiatan.
MASALAH AKTIVITI HARAM
:
Sesetengah aktiviti haram seperti perjudian dan pelacuran adalah merupakan kegiatan yg produktif.
Tidak diambil kira kerana tidak sah disisi undang-undang.
Tetapi di sesetengah negara aktiviti ini sah disisi undang2.
MASALAH PENGIRAAN SUSUT NILAI
:
Kadar susut nilai sukar ditentukan kerana kadar susut nilai antara barang modal berbeza-beza.
Kaedah pengiraan susut nilai berbeza
Cth: susut nilai bg jentera dengan bangunan kediaman.
2.3 Kegunaan data pendapatan negara
Dapat mengukur taraf hidup
Data pendapatan perkapita dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat.Pendapatan perkapita(PPK)
=Pendapatan negara /Jumlah penduduk
Semakin tinggi nilai pendapatan perkapita maka semakin tinggi taraf hidup rakyat,sebaliknya, semakin rendah nilai pendapatan perkapita maka semakin merosot taraf hidup mereka
2) Dapat Mengukur Kadar Pertumbuhan ekonomi
Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan menggunakan nilai keluaran Negara benar
Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar - KDNK benar x 100 /KDNK benar
Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan ekonomi sebaliknya nilai negatif menunjukan kemerosotan ekonomi
3) Mengukur jumlah sumbangan pelbagai sektor ekonomi
-Dapat menentukan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor ekonomiantara tahun bagi mengenalpasti peningkatan atau kemerosotan
-Peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap KDNK dapat dihitung.
-Dapat menentukan kepentingan atau prestasi setiap sektor ekonomi
Dapat mengenalpasti perubahan struktur ekonomi
-Data pendapatan dalam satu siri masa (misalnya & tahun) dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi
-melalui kaedah keluaran dapat mengetahui sumbangan setiap sektor danseterusnya dapat mengenalpasti perubahan struktur ekonomi
-misalnya, struktur ekonomi malaysia berubah daripada berasaskan pertanian pada tahun 1970 an kepada perindustrian pada tahun 1980 - an dan 1990an
Asas dalam membuat perancangan ekonomi
-Data pendapatan negara merangkumi perbelanjaan, pelaburan, keluaran sektor dan sebagainya.
-menjadi petunjuk kepada pihak kerajaan membuat perancangan ekonomi masa depan
2.1 Kaedah Pengiraan Pendapatan Negara
KDNK
Jumlah nilai barang akhir yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun
Menghitung nilai output dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi 1 tahun
TANPA MENGIRA FAKTOR PENGELUARAN TERSEBUT MILIK NEGARA ITU ATAU MILIK NEGARA ASING
Mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan asing di negara itu
KNK
Jumlah nilai barang akhir yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara
Menjumlahkan nilai keluaran oleh rakyat tempatan di dalam atau luar negara
PFBLN = nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor asing dalam negara
KNK = KDNK + PFBLN
KNB
Nilai barang setelah ditolak susut nilai
Pendapatan negara benar
ukuran nilai barang yang dikeluarkan berdasarkan harga tetap pada tahun asas
bebas daripada dipengaruhi perubahan tingkat harga umum
(IHP ASAS / IHP SEMASA ) X 100
KAEDAH PERHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
perbelanjaan
menjumlahkan perbelanjaan terhadap barang akhir oleh semua sektor ekonomi
keluaran
menjumlahkan nilai ditambah barang yang dihasilkan oleh setiap sektor ekonomi
mengelakkan berlakunya pengiraan dua kali
sektor utama + kedua + ketiga + cukai import
pendapatan
bayaran kepada faktor pengeluaran yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk memperolehi KNBkf
2.4 KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA SEBAGAI ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP
Kelemahan data pendaptan sebagai alat perbandingn taraf hidup antara masa
1) Perubahan tingkat harga umum
Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai keluaran negara dan perbelanjaan negara.
Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah.
Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan
3) Perubahan komposisi keluaran negara
Perubahan nilai pendapatan negara tidak menunjukkan perubahan dalam komposisi keluaran sesebuah negara
-Perkembangan teknologi dan inovasi
membolehkan lebih banyak jenis barang dan perkhidmatan baru dihasilkan. Oleh itu tarafhidup masyarakat telah meningkat kerana masyarakat dapat menikmati pelbagai jenis
keluaran yang baru.
4)Perubahan saiz dan struktur penduduk
-Pertambahan pendapatan negara benar
melalui masa tidak semestinya diikuti oleh peningkatan pendapatan perkapita benar jika kadar pertambahan penduduk melebihi kadar pertambahan pendapatannegarabenar. Maka, kebajikan masyarakat menurun.
5) Perubahan masa rehat
-Umumnya, jika rakyat bekerja lebih masa,
jumlah keluaran dapat dihasilkan dengan lebih banyak. Seterusnya meningkatkanpendapatan negara. Namun, masa rehat rakyat akan berkurangan menyebabkan taraf kebajikan rakyat menurun.
6) Perubahan eksternaliti negatif
-Jika peningkatan pendapatan negara mengakibatkan eksternaliti negatif seperti masalah pencemaran, ia akan menjejaskan taraf hidup rakyat.
-Taraf hidup menurun jika kegiatan ekonomi yang tidak terkawal menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat
2)Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan
-Melalui masa, barang dan perkhidmatan mengalami perubahan dari segi kualiti dan bentuk fizikal. Kualiti meningkat taraf hidup meningkat
-Jika kenaikan tingkat harga diikuti dengan peningkatan kualiti barang, taraf hidup rakyat juga akan meningkat.
-Tetapi pendapatan negara yang dihitung
tidak menggambarkan peningkatan kualiti barang
Kelemahan membandingkan pendapatan negara antara negara
1)Perbezaan kos hidup
-Tingkat harga umum dan kos hidup antara
sesebuah negara adalah berbeza dengan negara lain.Misalnya, kos hidup di jepun
adalah lebih tinggi berbanding dengan Malaysia.
2)Perbezaan masa rehat
-Masa kerja lama - pendapatan negara tinggi - kebajikan rakyat rendah sebab masa rehat kurang.
-Masa kerja kurang - pendapatan negara
rendah - kebajikan rakyat tinggi sebab masa rehat banyak
3)Perbezaan komposisi keluaran negara
-Negara maju, pendapatan negaranya
tinggi tetapi sebahagian besar daripada perbelajaannya digunakan untuk tujuan
ketenteraan
4)Perbezaan agihan pendapatan
-Pendapatan negara A tinggi, agihan
pendapatan tidak setara. Maka, taraf hidup rendah.
-Pendapatan negara B tidak begitu tinggi
tetapi agihan pendapatannya setara.Maka, taraf hidup relatif lebih tinggi
5)Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara
-Pengiraan pendapatan negara dihitung
berasaskan kepada nilaian wang. Sebagai contoh, di bawah kaedah pendapatan,nilai pendapatan negara dikira berdasarkan jumlah pendapatan wang yang diterima oleh faktor – faktor tertentu dalam ekonomi tersebut
6) Perbezaan saiz dan struktur penduduk
-Pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna
tingkat kebajikan masyarakat adalah tinggi kerana jumlah penduduk sesebuah negara belum diambil kira. Sebagai contoh, walaupun negara China mempunyaipendapatan negara yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia, namun KDNK per kapita negara China hanya USD2969 berbanding dengan Malaysia yang menikmati KDNK per kapita sebanyak USD8068(Laporan Ekonomi 2008/2009)
7)Perbezaan dalam jumlah guna tenaga dan
pengangguran
-Pendapatan perkapita tidak dapat
menggambarkan tingkat guna tenaga dalam sesebuah negara. Oleh itu walaupun negara
itu mempunyai tingkat pendapatan perkapita yang tinggi, taraf hidup rakyatnya tidak tinggi jika negara itu mempunyai kadar pengangguran yang tinggi
8) Perbezaan eksternaliti negatif
-Jika kemajuan ekonomi di negara maju
mewujudkan ekstenaliti negatif seperti masalah pencemaran alam sekitar yang lebih serius daripada negara kurang maju nilai pendapatan negara yang lebih tinggi di
negara maju tidak dapat menggambarkan tingkat kebajikannya melebihi negara kurang maju
Keluaran negara
harga pasaran
KDNK
= faktor milik dan bukan milik negara
Mengikut harga yang dibayar oleh pengguna di pasaran
KNK
= faktor dalam dan luar negara milik negara itu
HP = Kos faktor - subsidi + ctl
kos faktor
mengikut kos yang dibayar kepada faktor pengeluaran
KNK
= faktor dalam dan luar negara milik negara itu
KDNK
= faktor milik dan bukan milik negara
Pendapatan negara nominal
ukuran nilai barang yang dikeluarkan berdasarkan harga tahun semasa
dipengaruhi perubahan tingkat harga umum
Pendapatan per kapita
pendapatan negara / jumlah penduduk
Pendapatan persendirian
pendapatan yang diterima oleh semua individu sama ada dari pendapatan faktor atau bayaran pindahan
Pendapatan boleh guna
pendapatan persendirian - cukai pendapatan persendirian