Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Masyarakat arab zaman jahiliah - Coggle Diagram
Masyarakat arab zaman jahiliah
Konsep
Sarjana Islam
Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat
Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua
Ekonomi – amalan riba dan suka menipu
Ilmu pengetahuan dan pendidikan - Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.
Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial – Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.
Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah
Sarjana Barat
Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun. Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal. Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’ sebagai “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15). Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT dan mengalami kejatuhan
Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif
Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza, al-Manat.
Mereka mempunyai sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman.
Mereka mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah
Struktur
Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem susun lapis masyarakat yang jelas. Masyarakat arab jahiliah mengamalkan sistem berkabilah. Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat pada zaman Jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan pertalian darah atau keturunan. Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan dan dipertahankan melalui semangat asabiyyah yang tinggi.
Oleh kerana semangat asabiyyah yang tinggi, kabilah telah berperang sesama kabilah dan peperangan ini berlanjutan pada masa yang singkat mahupun pada masa yang panjang seperti perang al-Basus di antara Kabilah Bakar dan Kabilah Taghlib. Sekiranya kabilah lain dapat menewaskan kabilah lain, maka anggota kabilah yang tewas akan dijadikan hamba abdi atau tebusan untuk keluarga mereka.
Ketua kabilah dikenali sebagai ‘Syeikh’ dan haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dari segi kepintaran,berani pemurah dan berupaya mempengaruhi anggota-anggota kabilahnya. Seorang syeikh sangat dihormati oleh anggota kabilahnya. Walau bagaimanapun, tabiat masyarakat jahiliah pada umumnya lebih suka hidup bebas tanpa kekangan mana-mana pihak dan peraturan.
Umumnya, masyarakat Jahiliah yang mengamalkan semangat asabiyyah yang tinggi menyebabkan peperangan dan perbalahan berlaku dan seterusnya membawa kepada perpecahan dan kemunduran. Kesannya masih dirasai sehingga hari ini.
Ciri-ciri
Mengamalkan pertanian
Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman
Menjalankan kegiatan perdagangan
Orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
Melakukan rompakan
Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
Menjalankan penternakan
Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2. Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.
Definisi
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran.
Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.
Definisi jahiliah oleh P.K. Hitti menyatakan mereka hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.