Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Zaman kanak-kanak dan remaja Rasulullah SAW - Coggle Diagram
Zaman kanak-kanak dan remaja Rasulullah SAW
Zaman Remaja
Pada awal remaja, baginda seorang pengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar)
Semasa baginda berumur 25 tahun, baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut.
Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya. Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik
Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan.
Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian.
Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam
Zaman Kanak-kanak
Penyusuan
Setelah dilahirkan, Rasulullah SAW telah menyusu dari ibunya selama tiga hari, kemudian baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwabatul Islamiyyah selama beberapa hari. . Selepas
daripada itu baginda SAW telah disusui pula oleh HalimatusSa’diah selama empat tahun.
Dada baginda saw dibelah
Suatu hari ketika Baginda sedang bermain dengan kawan-kawannya, telah datang kepadanya seorang lelaki (malaikat Jibril a.s) bertemu dengan Baginda. Orang itu membaringkan Baginda dan telah membedah dada Baginda tanpa bantuan alatan moden, dikeluarkan hati Baginda dan dibasuh dengan air zam-zam dalam bekas emas. Kanak-kanak yang sedang bermain bersama Baginda merasa ketakutan lalu pergi memberitahu peristiwa yang berlaku kepada Halimatus Sa’diah.
Selepas peristiwa malaikat membelah dada Nabi saw ketika berada di perkampungan Bani Sa'ad, baginda dihantar pulang ke Mekah dan baginda dijaga oleh ibunya.
Penjagaan
Selepas kewafatan Aminah, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib. Kedudukan Nabi saw amat istimewa pada datuknya sehingga baginda dibenarkan untuk duduk di atas kerusi khas yang diperuntukkan kepada Abdul Mutalib berhampiran kaabah. Datuknya meninggal dunia keika baginda berusia lapan atau 10 tahun
Selepas lewafatan datuknya, Rasulullah saw dijaga oleh dua bapa saudaranya iaitu al-Zubayr dan Abu Talib. Ketika berusia 10 tahun, baginda mengikuti al-Zubayr berniaga ke Yaman. Al-Zubayr meninggal dunia ketika baginda berusia 14 tahun. Selepas itu, hak penjagaan baginda beralih sepenuhnya kepada Abu Talib
Tujuan Nabi di Hantar ke Desa
Tubuh kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa udaranya lebih bersih daripada di kota.
Kanak-kanak itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh bertutur dengan fasih, kerana di kota, khususnya kota Makkah, bahasa Arabnya sudah tercemar dengan terdapatnya ramai bangsa asing di situ.
Kanak-kanak itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa
Ketika diasuh di desa Nabi SAW dididik dengan akhlak yang mulia dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, Nabi SAW menjadi seorang yang lembut tutur kata, bersifat timbang rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi SAW juga memperolehi pelbagai kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat.
Dalam tempoh beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus-Sa’diah dan saudara-saudara susuannya, memelihara kambing serta bersama-sama menjalani kehidupan orang Badwi, telah meninggalkan kesan “tarbiyyah” yang mendalam kepada diri Nabi SAW. Sehingga biasalah Baginda dengan kesederhanaan yang jauh dari sifat-sifat kepura-puraan.