Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BANDING BEZA ADAT RESAM - Coggle Diagram
BANDING BEZA ADAT RESAM
KAUM MELAYU
KELAHIRAN
- Sewaktu Mengandung:
-Melenggang perut
- Sewaktu Bersalin:
-Potong tali pusat
-Azan/Iqamat
-Membelah perut
-Pantang
- Selepas Bersalin:
-Tanggal tali pusat
- Beri nama bayi
-Cukur jambul
-Bersunat/Berkhatan
PERKAHWINAN
1) **Merisik (Peringkat pertama)**
- Pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan.
- Tujuan: Mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih dahulu.
2) Meminang
- Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih.
3) Bertunang
- Satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan.
- Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil.
- Hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.
4) Berinai
- Berinai Curi: Diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja.
- Berinai Kecil: Diadakan dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran, saudara mara dan sahabat handai sahaja.
- Berinai Besar: Diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.
5) Akad nikah : Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya (boleh wakil kepada tok kadi). Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.
6) Persandingan
- Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar.
- Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin.
KEMATIAN
Sebelum Pengebumian:
- Keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.
- Mayat akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan.
- Membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
- Si mati dimandikan.
- Jenazah dimandikan dan dikafankan.
Semasa Pengebumian:
- Jenazah dikebumikan secepat mungkin.
- Upacara membaca talkin dan doa.
Selepas Pengebumian:
- Kenduri arwah dan doa selamat pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.
KAUM KADAZAN
KELAHIRAN1.Semasa Mengandung:
-Seorang bidan dipilih untuk memastikan ibu mengandung sentiasa sihat dan selamat dan menjaga pantang larang.
-Pantang larang ialah ibu mengandung tidak boleh memotong atau pun mengerat sesuatu benda mahupun daging mentah, tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu dan dilarang untuk memakan buah yang mengandungi air serta mencucuk hidung lembu ataupun kerbau.
- Sewaktu Bersalin:
-Pantang
- Selepas Bersalin:
-Upacara memberi nama
-Upacara turun tanah
-Upacara mintuhun dan minuhun
KEMATIAN
1.Sebelum Kematian:
-Mogombiruoh
2.Semasa Kematian:
-Memberi tahu
-Berjaga-jaga
3.Pengebumian.
4.Selepas kematian:
-Makan tiga dan tujuh hari
-Makan 40 hari
-Makan 100 hari
-Makan tiga tahun
PERKAHWINAN
1) Merisik: Pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki - Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan.
2) Meminang: Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
3) Bertunang:
- Wakil pihak lelaki dipanggil untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.
- Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan.
- Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
- Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan.
4) Majlis Perkahwinan:
- Upacara menukar gumpalan nasi: Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.