Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKAHWINAN RASULULLAH - Coggle Diagram
PERKAHWINAN RASULULLAH
Telah berkahwin sebanyak 13 kali.
Sawdah binti Zam'ah
Ketika di pinang oleh Rasulullah SAW, Saudah telah pun mempunyai lima orang anak dari suami pertama nya yang juga sepupu kepada Saudah itu sendiri. Suami pertama nya adalah As Sakran bin ‘Amru bin Abdu Syam. As Sakran juga termasuk antara orang yang mula2 menganut Islam yang turut berhijrah ke Habsyah. Setengah pendapat mengatakan bahawa AS Sakran meninggal di Habsyah. Ada pula yang berpendapat bahawa As Sakran kembali dari Habsyah berserta isteri nya Saudah dan kemudian nya meninggal di Mekah. Sebab itu lah Saudah di kenal dengan panggilan ‘Wanita Penghijrah’. Setelah Suami nya meninggal, Saudah dan anak2 nya tinggal bersama bapa nya Zam’ah bin Qais.
Aisyah binti Abu Bakar
Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakim menyarankan agar Nabi SAW menikahi Aishah, puteri dari Abu Bakar khalifah islam yang pertama, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Abu Bakar.
Hafsah binti Umar Al Khattab
Hafsah adalah puteri kepada Umar, khalifah islam yang kedua. Pada mulanya, Umar meminta Uthman mengahwini anaknya, Hafsah. Tapi Uthman menolak kerana isterinya baru meninggal dunia dan dia belum bersedia untuk berkahwin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengahwini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu akan halnya kepada nabi s.a.w bahawa Uthman dan Abu Bakar tidak mahu menikahi anaknya. Nabi s.a.w pun berkata pada Umar bahawa anaknya akan menikah demikian juga Uthman akan menikah lagi. Akhirnya, Uthman mengahwini anak Nabi s.a.w yaitu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri menikah dengan Nabi s.a.w. Hal ini membuat Uthman dan Umar gembira.
Zaynab binti Khuzaymah
Pada tahun 4 Hijriah pula, Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Zainab binti Khuzaymah yang baru sahaja kematian suami yang gugur syahid di medan Uhud. Pada tahun yang sama juga, Nabi Muhammad SAW mengahwini Saidatina Ummu Salamah atau nama sebenar beliau Hind binti Umayyah yang kematian suami di samping memiliki anak-anak yang masih kecil.
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah
Abdullah suami Hindun meninggal dunia di Madinah kerana luka parah dalam peperangan Uhud dan Hindun sangat sayang kepada suaminya. Pada mulanya Abu Bakar dan Umar telah meminang beliau tetapi beliau menolaknya. Lalu Nabi masuk meminangnya untuk baginda sendiri dan pada mulanya beliau menolak pinangan Rasulullah dengan alasan beliau sudah tua dan ramai anak yatim. Maka Rasulullah menjawab bahawa baginda lebih tua daripadanya dan anak-anak yatim itu terserahlah kepada Allah dan rasul-Nya. Lalu Hindun pun menyatakan persetujuannya dan berkahwin dengan Rasulullah SAW.
Zainab binti Jahsy
Sebagai menyahut perintah Allah Rasulullah telah mengahwinkan Zainab Bt. Jahsy dengan Zaid B. Harithah yang telah dimerdekakan oleh baginda dan dijadikan anak angkatnya. Kemudian baginda dikahwinkan dengan Zainab selepas diceraikan oleh Zaid kerana suatu hikmah yang mengatasi segala hikmah lain dalam perkahwinan baginda dengan isteri-isteri yang lain iaitu menghapuskan kepercayaan karut jahiliah yang masih berjalan sehingga dewasa itu.
Juwayriyah binti Al-Harith
Juwairiah hendak menebus dirinya dari tuannya lalu diletakkan harga yang sangat mahal. Lalu pergi mengadu kepada Rasulullah dan pada ketika itu baginda berada di rumah Siti Aisyah dan berkata kepada Rasulullah : “Saya Juwairiah Bt. Al-Harith Abi Dirar ketua kaumnya dan aku telah ditimpa kemalangan di mana engkau lebih mengetahuinya. Sesungguhnya aku telah jatuh ke tangan seorang Ansar maka tak dapat tidak aku mesti menebus diriku. Sebab itu aku datang meminta pertolongan engkau”. Maka sabda nabi, “adakah engkau berkehendak yang lebih baik dari itu ?” Berkata Juwairiah “apa dia ?” Sabda Nabi, “aku tebus engkau dan aku berkahwin dengan engkau”. Tawaran ini diterima oleh Juwairiah. Maka apabila berita perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiah tersebar, golongan Ansar telah membebas tawanan perang dari Kaum Ban Al-Mustaliq sebagai menghormati besan Rasulullah. Berikutan dari perkahwinan ini Rasulullah telah membina rumah yang khusus bagi Juwairiah berdekatan dengan rumah-rumah isterinya yang lain berhampiran dengan masjid.
Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
Dengan perkahwinan Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah itu boleh meredakan ketegangan baginda dengan musuh ketatnya Abi Sufian di samping tidak membiarkan Ummu Habibah sebagai seorang janda yang dihina di negeri asing setelah suaminya masuk Kristian.
9.Safiyyah bt Huyai
Dalam tahun yang keenam hijrah Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Sofiah dari keturunan Nabi Allah Harun dan ianya dari golongan Bani Al-Nadhir dan telah ditawan selepas kematian suaminya dalam peperangan Khaibar. Para sahabat telah memberitahu Rasulullah bahawa Sofiah tak sesuai bagi orang lain selain daripada baginda sendiri. Maka Rasulullah bersetuju dengan pendapat itu serta tidak mahu membiarkan Sofiah hidup dalam penderitaan dan dengan itu juga dapat membuat perhubungan silaturahim dengan kaum Bani Israel mudah-mudahan dapat meringankan sedikit sebanyak permusuhan mereka terhadap Rasulullah. Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa baginda telah memberi kepada Sofiah pilihan selepas dibebaskan dari belenggu kehambaan hendak menjadi isterinya atau balik kepada kaum keluarganya, maka Sofiah memilih untuk menjadi isteri Rasulullah SAW.
Maimunah binti Al-Harith
Al-Abbas mengesyorkan kepada rasulullah supaya mengahwini Maimunah. Cadangan ikhlas kedua suami isteri itu diterima baik oleh Rasulullah s.a.w.. Dengan rela hati, baginda menghantar peminangan melalui Jaafar bin Abu Talib untuk menyunting Maimunah sebagai isteri baginda. Akhirnya perkahwinan Maimunah dan Rasulullah s.a.w. dilansungkan pada bulan Syawal dalam tahun 7 Hijrah dengan mahar 500 Dirham
Mariah Binti Syam'un
Dia mulanya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah s.a.w yang dihantar oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi s.a.w wafat, dan Maria akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 hijrah. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Imam solat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di perkuburan Al-Baqi.
Khadijah Binti Khuwalid
Perkahwinan tersebut hasil daripada kejujuran yang ditampilkan oleh Nabi Muhammad ketika menjadi misi perdagangan barang dengan khadijah antara Mekah dengan Syria dan Basrah
Dikurniakan dua orang putera dan empat orang puteri : Qasim , Abdullah, Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah
Watak yang sempurna, tingkah laku yang dihormati dan sifat berpegang teguh pada janji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ini sangat menarik minat dan perhatian Khadijah sehingga beliau melamar Baginda untuk mengahwininya.
Raihanah binti Zaid
Raihanah berasal dari suku Yahudi, Bani Nadhir yang kemudian menjadi bagian dari Bani Quraizhah melalui pernikahan. Nabi Muhammad pernah menyatakan niatan beliau untuk mengusir seluruh Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, dan tidak meninggalkan siapapun di dalamnya kecuali orang-orang Muslim. Nabi Muhammad mengambil seperlima dari harta rampasan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran, dan mengambil Raihanah untuk diri beliau.