Di dalam bilik darjah, sikap dan tingkahlaku murid adalah berbeza kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu, bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru memainkan peranan bagi membantu murid memperkembangkan kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni. Sebagai contoh,melakukan aktiviti secara berkumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai kematangan sosial yang tinggi dan rendah. Kesannya, mereka dapat saling berinteraksi, membuat tugasan dan keputusan secara koperatid dan kolaboratif sekali gus dapat meningkatkan kesediaan belajar murid.