Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SELOKA (puisi Melayu tradisional), GURINDAM - Coggle Diagram
-
GURINDAM
Ciri gurindam
puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah
sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya.
-
Asonansi,aliterasi dan gaya bahasa tertentu
Bersifat nasihat,keagamaan dan pengajaran
-
Pembentukan gurindam terjadi daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Setiap baris merupakan sebuah kalimat dan perhubungan antara dua kalimat iaitu antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata tidak sama serta rima juga tidak tetap (Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954))
Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit.
Menurut Za’ba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya,timbangannya dan sajaknya.
Walaupun mempunyai bentuk yang hampir sama dengan seloka, penggunaan bahasa yang digunakan dalam gurindam lebih padat dan bernas, isinya juga turut kepada riang dan sukacita seperti nyanyian, jenaka, gurauan dan sindiran.
Menurut Mohd. Taib Osman (1979),definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi Melayu lama yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya