Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP-KONSEP DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA - Coggle Diagram
KONSEP-KONSEP DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Akomodasi
Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C.
Kesedaran ini menyebabkan setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Definisi: Proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain
yang wujud dalam sesebuah masyarkat.
Akultrasi
Proses
penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu
atau kelompok d
aripada sesuatu kebudayaan lain
yang berbeza.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan etnik lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
A + B + C = A'' + B'' + C''
A'', B'' dan C'' merujuk kepada budaya etnik lain yang telah diterima dan diolah mengikut kebudayaan sendiri.
Asimilasi
Proses apabila k
umpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti
untuk mengurangkan batas etniknya.
Asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Boleh juga didefinisikan sebagai proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
melalui proses asimilasi ini masyarakat akan menjadi semakin homogeneous.
A + B + C = A
Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti
Stereotaip
Merupakan
kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan
etnik
, sama ada berbentuk negatif ataupun positif.
Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
Contoh kenyataan positif seperti orang Melayu bersikap peramah, orang Cina pandai Matematik dan orang India juara dalam lumba maraton.
Diskriminasi
Merujuk kepada
layanan buruk sesuatu kumpulan etnik,
terhadap kumpulan etnik lain, biasanya oleh kumpulan
etnik dominan
Diskriminasi akibat daripada prejudis, layanan yang buruk diberikan kepada seseorang berdasarkan keahliannya dalam sesuatu kumpulan etnik dan bukan atas dasar perilaku peribadinya.
Dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau sekumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain, iaitu akibat pandangan stereotaip dan fikiran prejudis.
Cauvinisme
Merupakan
kepercayaan patriotik berlebihan
, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian nasional.
Merupakan aliran nasionalisme yang paling
radikal dan agresif
.
Perpaduan
Merupakan proses
menyatukan pelbagai bangsa
dalam sesebuah negara
supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama
tentang negaranya.
Integrasi
Merupakan proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui
satu indentiti bersama
.
Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya