Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS HUKUM WAD'I TAMBAHAN - Coggle Diagram
JENIS HUKUM WAD'I TAMBAHAN
SAH
suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah dilakukan menepati kehendak syarak.
Cth: jika suatu barang dibeli oleh seorang mukalaf secara sah maka tindakan ini telah memberikannya hak pemilikan ke atas barangan tersebut dan dia bebas menggunakannya
tindakan seseorang mukalaf menunaikan solat fardu zuhur dengan mematuhi segala rukun dan syarat yang ditetapkan maka solatnya tadi dianggap sebagai sahih (sah) dan terlepaslah dia dari bebanan menunaikannya
FASAD
hukum yang diputuskan ke atas suatu perkara yang mengalami kepincangan pada salah satu daripada ciri atau syarat bagi akad
Cth: pembelian barangan dengan harga yang tidak ditetapkan dianggap sebagai fasid kerana penentuan kadar harganya tidak wujud
Akan tetapi, akad ini masih boleh menghasilkan sesetengah kesan syarii seperti perpindahan hak pemilikan ke atas barang tersebut daripada penjual kepada pembeli jika pembeli bertindak mengambilnya setelah mendapat keizinan penjual
Cth: kes perkahwinan yang berlangsung tanpa kehadiran saksi yang merupakan syarat sah perkahwinan
perkahwinan ini dianggap sebagai fasad, ia mampu menghasilkan sesetengah kesan syarii sekiranya persetubuhan telah berlaku
AZIMAH
perkara yang disyariatkan sebagai hukum asal yang umum (kulliyyah)
menjadi suatu peraturan umum ke atas setiap mukalaf dalam semua urusannya seperti arahan asal supaya menunaikan solat, zakat dan amalan-amalan lain yang merupakan syiar kepada agama Islam
kategori bagi perkara yang dianggap sebagai 'azimah boleh dibahagikan kepada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan juga harus mengikut kesesuaiannya dalam syarak
RUKHSAH
hukum-hukum pengecualian yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kerana kesulitan yang dihadapi oleh para hambaNya dalam menunaikan kewajipan yang bersifat azimah
Cth: amalan rukhsah seperti keharusan mengaku kufur ketika mana dipaksa dan diancam bunuh
faktor yang membenarkan perlakuan tersebut ialah wujudnya paksaan dan ancaman bunuh ke atas mukalaf sedangkan hukum asalnya haram melakukan demikian
BAHAGIAN RUKHSAH
Wajib
Sunat
Harus
Khilaf awla atau menyalahi hukum yang lebih patut