Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
IMPLIKASI INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perbezaan Individu
Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kognitif.
Guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak semestinya setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru
Perbezaan Berfikir
Terdapat murid yang selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada juga yang lebih memilih alat visual.
Murid-murid yang cepat bertindak akan dapat menyiapkan kerja rumah dengan cepat.
Murid-murid yang kurang berminat atau tidak berminat dengan kerja rumah akan lewat menghantar tugasannya kepada guru.
Objektif Pembelajaran
Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid.
Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan murid yang lemah.
Kesediaan Belajar
Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lemah.
Guru perlu memerhati tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan.
Guru perlu membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari tersebut
Murid yang lemah memerlukan rangsangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar.
Gangguan Pengajaran dan Pembelajaran
Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar.
Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan
Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru.
Perbezaan Emosi
Murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Murid-murid seperti ini tentu dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
Murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu sibuk sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian.
Emosi yang kurang stabil tetap akan menjejaskan penumpuan mereka terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas seterusnya akan menjejaskan pencapaian akedemik mereka.
Perbezaan Sosial
Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid yang bersifat introvert, iaitu yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran.