Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE, Azimah dan Rukhsah
Maksud Azimah:
…
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE
Maksud hukum Wad'ie:
Hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya.
SEBAB
Konsep
Dari sudut bahasa: Sebab bermaksud tali penghubung.
Dari segi istilah: Sebab didefinisikan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
Oleh itu, kewujudan suatu sebab menjadi faktor kepada wujudnya hukum (musabab) yang berkaitan dengannya. Jika, ketiadaannya, maka wujudnya ketiadaan hukum.
Bahagian Sebab
(1) Sebab yang boleh dikawal oleh mukalaf
Maksud: sebab yang terhasil daripada tindakan mukalaf tanpa dipengaruhi oleh faktor lain.
Contoh: Sebab: Musafir
Musabab: Pengharusan solat jama' qasar
(2) Sebab yang tidak boleh dikawal oleh Mukalaf
Maksud: sebab yang terhasil di luar kawalan mukalaf yang dipengaruhi oleh faktor lain.
Sebab: Gelincir matahari
Musabab: Kewajipan mendirikan solat Zohor
-
SYARAT
Konsep
Dari segi bahasa: kewajipan untuk melakukannya
Dari segi istilah: suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
Bahagian Syarat
(1) Syarat dari sudut kesannya kepada Hukum dan Sebab
i. Syarat kepada Hukum
Contoh: syarat cukup haul (tempoh setahun), mewajibkan kepada hukum zakat di mana dengan kewujudannya akan menentukan wujudnya kewajipan zakat.
ii. Syarat kepada Sebab
Contoh: status sudah berkahwin menjadi syarat kepada sebab wajibnya pelaksanaan hukum rejam ke atas penzina.
(2) Syarat dari sudut sumber asal
i. Syarat Syar'i: syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Contoh: Wudhu'
ii. Syarat Ja'li: syarat yang ditetapkan oleh seseorang mukalaf.
Contoh: Syarat antara pembeli dan penjual
MANI' (HALANGAN)
Konsep
Maksud: Mani' ialah suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan kepada kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
Pembahagian Mani'
Mani' kepada Hukum
Maksud: suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud.
Contoh: Kedatangan haid dan nifas menjadi mani' kepada kewajipan solat.
Mani' kepada Sebab
Maksud: suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab.
Contoh: Hutang adalah mani' kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat.
Hukum Tambahan Wad'ie
Sah
Maksud: Sah ditakrifkan sebagai suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah dilakukan menepati kehendak syarak.
Batal
Maksud: Batal ditakrifkan sebagai suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah dilakukan tidak menepati kehendak syarak.
Fasad
Maksud: hukum yang diputuskan ke atas suatu
perkara yang mengalami kepincangan pada salah satu daripada ciri atau syarat bagi akad.
Azimah dan Rukhsah
Maksud Azimah:
Perkara yang disyariatkan sebagai hukum asal yang umum (kulliyyah).
Kategori bagi perkara yang dianggap sebagai azimah boleh dibahagikan kepada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan juga harus mengikut kesesuaiannya dalam syarak.
Maksud Rukhsah:
Rukhsah pula ditakrifkan sebagai hukum-hukum pengecualian yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kerana kesulitan yang dihadapi oleh para hambaNya dalam menunaikan kewajipan yang bersifat azimah.