Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUKUM WAD’IE
Iaitu hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu…
HUKUM WAD’IE
Iaitu hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya.
SEBAB
Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
Kewujudan suatu sebab menjadi faktor kepada wujudnya hukum (musabab) yang berkaitan dengannya, dan ketiadaannya akan menyebabkan ketiadaan hukum.
Contoh:
🌞 Syarak telah menjadikan waktu gelincirnya matahari sebagai sebab kepada kewajipan mendirikan solat fardu zuhur.
⚠️ Perlakuan zina sebagai sebab kepada kewajipan melaksanakan hukuman hudud.
💰 Penyakit gila sebagai sebab terhalangnya orang gila daripada menguruskan hartanya
-
SYARAT
Ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
:pencil2: Sebagai contoh, suci daripada hadas kecil dan besar adalah menjadi syarat kepada kesahihan melakukan ibadat solat.
:check: Dalam hal ini, kewujudan syarat tersebut dapat menentukan sama ada ibadat yang dimaksudkan menjadi sah atau tidak.
:check: Namun demikian, kewujudannya tidak bermaksud mewajibkan wujudnya solat.
-
MANI' (halangan)
Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada kepada kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
PEMBAHAGIAN MANI'
a) Mani’ kepada Hukum bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud.
:check: Contoh : kedatangan haid dan nifas yang menjadi mani’ kepada kewajipan menunaikan solat sekalipun sebab kepada kewajipan tersebut iaitu masuknya waktu telah wujud.
b) Mani’ kepada sebab pula bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab.
:check: Contoh : hutang adalah mani’ kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat.
-