Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembahagian hukum wad’ie - Coggle Diagram
Pembahagian hukum wad’ie
Hukum Allah yang berhubung dengan penetapan sesuatu yang menjadi sebab kepada sesuatu atau menjadi syarat kepada sesuatu atau menjadi halangan kepada sesuatu seperti Wuduk jadi syarat sah solat.
sebab, syarat mahupun halangan dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh menerusi perkaitan yang dibina di antara dua perkara iaitu di antara sebab dan perkara yang disebabkan olehnya (musabbab), syarat dan perkara yang disyaratkan dengannya serta halangan dan perkara yang telah dihalang dengan kewujudannya.
SEBAB
dari segi bahasa: bermaksud tali penghubung atau suatu perkara yang menjadi perantara kepada kewujudan perkara yang lain.
Dari segi istilah, sebab ditakrifkan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
contoh, syarak telah menjadikan waktu gelincirnya matahari sebagai sebab kepada kewajipan mendirikan solat fardu zuhur, perlakuan zina sebagai sebab kepada kewajipan melaksanakan hukuman hudud, penyakit gila sebagai sebab terhalangnya orang gila daripada menguruskan hartanya.
-
SYARAT
Dari sudut bahasa, syarat boleh diertikan mewajibkan sesuatu dan kewajipan untuk melakukannya, dan perkataan jamaknya adalah as syurut.
Dari sudut istilah, syarat boleh ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
contoh, suci daripada hadas kecil dan besar adalah menjadi syarat kepada kesahihan melakukan ibadat solat.
-
-