Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE - Coggle Diagram
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE
DEFINISI
Hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya.
Sebab, syarat mahupun mani' dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh menerusi perkaitan yang dibina di antara dua perkara
-
syarat dan perkara yang disyaratkan dengannya serta mani' dan perkara yang telah dihalang dengan kewujudannya
SEBAB
DEFINISI
-
ISTILAH
suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak
JUMHUR ULAMA FIQH
sebab akan merangkumi kesemua faktor yang menentukan kewujudan sesuatu hukum atau sebaliknya, sama ada faktor tersebut dapat difahami secara logik oleh akal manusia atau tidak
-
-
SYARAT
DEFINISI
BAHASA
mewajibkan sesuatu dan kewajipan untuk melakukannya, dan perkataan jamaknya adalah as syurut
-
ISTILAH
suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud
JUMHUR ULAMA: jika sesuatu amalan mengalami kepincangan sama ada pada salah satu syarat mahupun rukunnya, amalan tersebut akan menjadi batal dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada mukalaf yang terlibat
-
MANI' (HALANGAN)
DEFINISI
suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada kepada kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
BAHAGIAN MANI'
Mani' kepada Hukum
suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud
Cth: jumhur ulama menegaskan bahawa hubungan kebapaan boleh menjadi penghalang atau mani' kepada kewajipan melaksanakan hukuman qisas ke atas seorang bapa yang membunuh sekalipun sebab yang mendorong perlaksanaan hukuman tersebut iaitu pembunuhan dilakukan secara sengaja dan dengan motif jahat telah wujud
kedatangan haid dan nifas yang menjadi mani' kepada kewajipan menunaikan solat sekalipun sebab kepada kewajipan tersebut iaitu masuknya waktu telah wujud
Mani' kepada Sebab
-
Cth: hutang adalah mani' kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat