Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUKUM WAD'IE - Coggle Diagram
HUKUM WAD'IE
-
Hukum ketentuan yang dimana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya.
sebab, syarat dan mani' merupakan 3 perkara yang menjadi ketentuan dimana yang menentukan sah atau batal sesuatu hukum fiqh
SEBAB
BAHASA = tali penghubung atau suatu perkara yang menjadi perantara kepada kewujudan perkara lain. ISTILAH = suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
-
SYARAT
BAHASA = Mewajibkan sesuatu dan kewajipan untuk melakukannya. ISTILAH = Suatu ciri yang jelas yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaan (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
Contohnya :- suci daripada hadas kecil dan besar merupakan syarat kepada kesahihan melakukan ibadat solat.
-
MANI'
1. Mani' Kepada Hukum iaitu sesuatu hukum yang dijadikan syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud. Contohnya :- Kedatangan Haid dan Nifas menjadi mani' kepada kewajipan menunaikan solat sekalipun sebab kepada kewajipan tersebut masuknya waktu telah wujud.
2. Mani' Kepada Sebab iaitu suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab. Contohnya :- hutang adalah mani' kepada pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat.