Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEKNOLOGI HIJAU - Coggle Diagram
TEKNOLOGI HIJAU
Sektor dalam Teknologi Hijau
Tenaga guna tenaga boleh baharu dan peralatan cekap tenaga seperti lampu LED.
Pengurusan sisa dan air sisa dengan mengadakan tempat pelupusan sampah yang sesuai dan mencukupi. Mengadakan sistem perparitan yang sistematik di taman perumahan atau di bandar – bandar oleh majlis perbandaran untuk mengelakkan banjir kilat.
Pertanian dan perhutanan menggunakan baja kompos dan air hujan untuk menyiram tumbuhan dan mengawal aktiviti pembalakan dan pembukaan hutan untuk pertanian secara haram.
Pengangkutan menggunakan pengangkutan hijau iaitu pengangkutan yang menggunakan kuasa solar dan kuasa elektrik
Perindustrian dan pembuatan antaranya dengan menggunakan TMK Hijau mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan peralatan. Menggunakan konsep 5R iaitu kitar semula bahan terpakai seperti kertas, plastik dan tin aluminium
Bangunan :- guna bahan binaan hijau untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan mengadakan tempat pelupusan e-waste untuk bahan elektronik seperti telefon bimbit lama
Objektif
mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi
membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara
meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa
memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang
meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Kepentingan
memanjangkan lagi tempoh kewujudan sumber yang tidak
boleh diperbaharui.
mengurangkan pencemaran alam sekitar
mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
Menjimatkan perbelanjaan kuasa elektrik dan petrol.
Mengelakkan penerokaan sumber asli secara berterusan
Penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari
Tenaga hidro
Terhasil drp pertukaran tenaga daripada pengaliran air yang deras kepada tenaga elektrik
Contohnya empangan pergau (1996), Kelantan, Empang Sultan Abu Bakar, SAB (1963), Pahang, Emapang Ulu Jelai, Pahang, Empang Bersia (1983) , Perak
Loji hidroelektrik
adalah satu set kemudahan dan peralatan elektromekanik yang diperlukan untuk menukar tenaga hidroelektrik berpotensi menjadi tenaga elektrik dan dapat beroperasi 24 jam sehari. Tenaga elektrik yang ada berkadar dengan
ketinggian aliran air dan air terjun.
"pusat takungan",mengumpul air di empangan dan kemudian jatuh dari ketinggian di atas turbin, yang menyebabkan turbin berputar dan menjana elektrik melalui generator yang terletak di nacelle. Kemudian voltannya dinaikkan untuk memindahkan tenaga tanpa kerugian besar dan kemudian ditambahkan ke grid. Sebaliknya, air terpakai kembali ke proses semula jadi.
Tenaga solar
Tenaga ini memerlukan cahaya matahari bagi dapat menukarkan tenaga tersebut kepada tenaga elektrik
Setiap sel suria iaitu alat voltan yg tukar cahaya matahari terus kpd tenaga elektrik dikumpulkan menjadi panel dan disusun supaya dapat digunakan secara meluas
Loji kuasa terma suria guna sinaran matahari bagi memanaskan cecair kepa suhu yang tinggi. Kemudian cecair tersebut dialirkan menerusi paip. Stim yg terhasil ditukarkan kepada tenaga mekanikal dlam turbin dan kemudian kpd elektrik oleh generetor yg disambungkan kepada turbin
Antara taburan tenaga suria di Malaysia adalah Teluk Apan, Pulau Langkawi, Kedah , Kamung Hulu tembeling, Pahang, Kampung Sungai Malau Dalam, Selama,Perak
Tenaga Biojisim & Biogas
diperoleh melalui pembakaran sebatian organik yang diperoleh melalui proses semula jadi. Mereka adalah sisa organik seperti sisa pemangkasan, batu zaitun, kulit kacang, sisa kayu, dll. Itu berasal dari alam semula jadi.
dibakar oleh pembakaran langsung atau boleh diubah menjadi bahan bakar lain seperti alkohol, metanol atau minyak, dan dengan cara itu kita mendapat tenaga. Dengan sisa organik kita juga dapat memperoleh biogas.
dihasilkan melalui pembakarannya. Pembakaran ini berlaku di dandang di mana bahan itu terbakar sedikit demi sedikit.
Bahan api bio,Biodiesel, Bioetanol dan Biogas
Sepanyol
Tenaga angin
Tenaga angin adalah tenaga yang diperoleh dari angin. Ia adalah sejenis tenaga kinetik yang dihasilkan oleh tindakan aliran udara. Kita boleh menukar tenaga ini menjadi tenaga elektrik melalui penjana.
Pengeluar tenaga angin terbesar di dunia adalah Amerika Syarikat, diikuti oleh Jerman, China, India dan Sepanyol. Di Amerika Latin, pengeluar terbesar adalah Brazil. Di Sepanyol, tenaga angin menyediakan elektrik setara dengan 12 juta rumah, yang mewakili 18% permintaan negara itu.
Tenaga ombak
Ombak merupakan kejadian fenomena yang biasa dan salah satu daripada daya hidrodinamik yang bertindak ke atas pantai. Ombak terjadi apabila pergerakan berkala air dalam keadaan tertentu sama ada depan ke belakang atau atas ke bawah. Ombak lautan terjadi akibat daripada tiupan angin yang meniup permukaan laut dan seterusnya membentuk ombak. Terdapat juga ombak yang terhasil daripada tarikan astronomi seperti pasang surut, pergerakan dasar laut atau apabila berlaku perubahan pada tekanan atmosfera di permukaan air tenang. Kelajuan dan tempoh masa angin memainkan peranan yang penting di dalam kewujudan ombak lautan.
Perancis merupakan negara pertama puncanya ialah mempunyai pantai yg pjg iaitu 3427 km, tiupan angin kuat membentuk ombak yang besar, tenga ombak yg kuat mampu menggerakkan turbin
Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua
Tonggak kelestarian Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK)
Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga dengan jimat tenaga menggunakan peralatan elektrik atau sistem yang mempunyai label cekap tenaga.
menjimatkan sumber asli bumi dengan mengamalkan konsep 5R dan menggunakan sumber tenaga alternatif iaitu sumber tenaga boleh baharu seperti sumber tenaga solar , tenaga air, tenaga angin dan tenaga terma.
Meningkatkan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
Meningkatkan kualiti hidup dengan meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia
Memulihara dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau pada tahap paling rendah atau sifar serta mengurangkan penurunan kualiti persekitaran yang disebabkan oleh pencemaran.
Kriteria-kriteria teknologi hijau
Dapat meminimumkan degrasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar,selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
Menjimatkan tenaga dan sumber asli
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Matlamat
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat
yang lebih tinggi
melalui program-program sokongan dan komitmen
untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas
Teknologi Hijau dari
segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem
di pasaran tempatan melalui
piawaian, perkadaran, pelabelan
Pelaburan Langsung Asing
(Foreign Direct Investments, FDIs) dan
Pelaburan Langsung Tempatan
(Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi
mengenai Teknologi Hijau ke arah
pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan
mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran
menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Contoh aplikasi teknologi hijau
sektor tenaga Lampu tenaga solar, Peralatan dengan label cekap tenaga,Guna petrol tanpa plumbum & Guna tenaga boleh baharu seperti tenaga solar terma, kincir angin dan empangan
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa Menyediakan tempat pelupusan sampah kitar semula 5R, Tempat pelupusan bahan elektronik e-waste, Pengurusan loji domestik yang dirawat oleh Indah Water, Penggunaan baja kompos bagi menggantikan baja kimia & Sistem pengurusan perparitan yang baik oleh majlis perbandaran dan juga oleh pemaju di kawasan perumahan.
sektor pengangkutan Kereta hibrid, Keretapi elektrik mrt,Kereta ngv, Petrol tanpa plumbum,Aktiviti berbasikal, & Berkongsi kenderaan dan menaiki pengangkutan awam seperti bas
Definisi tenaga
dalam kehidupan
Satu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu
merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.