Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN KURIKULUM, DSKP TAHUN 3 - Coggle Diagram
KOMPONEN KURIKULUM
Pedagogi
Pembelajaran Kontekstual
Memerlukan murid untuk mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kesannya, murid dapat memperolehi pengetahuan baharu.
Pembelajaran Konstruktivisme
Membantu murid membina pemahaman dan pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Kesannya, murid akan lebih faham, yakin dan seronok belajar.
Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai
Membantu murid mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid. Kecerdasan pelbagai adalah seperti kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Pembelajaran Koperatif
Memerlukan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan, berkongsi idea, bahan dan peralatan, belajar bersama-sama dan memmbamtu antara satu sama lain. Kesannya, interaksi antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat dapat diwujudkan.
Kajian Masa Depan
Membantu murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu yang berlaku. Kesannya, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat dan menangani perubahan mereka.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Memerlukan murid untuk mengkaji, menyiasat dan mempersembahkan dapatan bagi sesuatu isu. Murid menggunakan maklumat yang lama dan baharu bagi menghasilkan sesuatu maklumat yang nyata. Kesannya, murid akan lebih bermotivasi kerana dapat mencipta sesuatu produk.
Pembelajaran Akses Kendiri
Memerlukan murid untuk belajar secara kendiri menggunakan bahan pembelajaran. Kesannya, mereka akan lebih bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran mereka.
Pendekatan Modular
Berasaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kesannya, kecekapan berbahasa murid dapat diperkukuh.
Pendekatan Berpusatkan Murid
Membantu murid berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Kesannya, mereka lebih yakin untuk dalam berbahasa.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Memerlukan murid untuk mencari dan menyelidik sesuatu perkara secara sistematik, kritis dan analitis sehingga mereka berjaya menemui jawapan kepada persoalan yang diberi.
Kandungan
Matlamat
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
Objektif
Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan respons dengan betul.
Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan
pertanyaan dengan betul.
Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa kata
dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun.
Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan.
Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan.
Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara tentang bertatasulila.
Pentaksiran
Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah
Fleksibel
Pentaksiran mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
Berterusan
Aktiviti pentaksiran seiring dengan PdP.
Pelaksanaan pentaksiran secara:
Formatif
Dijalankan seiring dengan PdP.
Sumatif
Dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Holistik (keseluruhan)
Menyampaikan maklumat, pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni secara menyeluruh.
Berlandaskan standard kurikulum
DSKP TAHUN 3