Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK, NAMA AHLI KUMPULAN: FARIHAH, LIYANA,…
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
ETNIK
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan.
Contoh: Etnik Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan Iban
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
RAS
Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dsbnya.
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka.
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.
ETNISITI
Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.
SEGREGASI
Pengasingan yang dilakukan oleh pihak pemimpin ke atas setiap kelompok. Setiap kelompok diasingkan dengan kelompok yang lain
DISKRIMINASI
Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
ETNOSENTRISME
Merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.
NAMA AHLI KUMPULAN: FARIHAH, LIYANA, AMIRAH DAN ATHIRAH