Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
INTEGRASI NASIONAL - Coggle Diagram
INTEGRASI NASIONAL
-
PENGERTIAN
Integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.
Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Kesan Integrasi Nasional
Semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam diri semua kaum tanpa mengira,bangsa, agama serta warna kulit.
Hal ini dapat dilihat melalui interaksi baik yang wujud antara kaum seperti di sekolah yang menunjukkan bahawa pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India mampu untuk belajar bersama-sama.
Semangat setiakawan, saling tolong menolong dan percaya antara satu sama lain juga dapat dipupuk.
Pembinaan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza dalam satu kawasan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi pelajar SRJK sekaligus mereka dapat mengenali dan memahami budaya,bahasa dan pemikiran rakan mereka yang berbeza kaum
-
Usaha Kerajaan
-
Pada tahun 2006, adanya Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
-
-
-
-
-