Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER - Coggle Diagram
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
PENEGUHAN
Peneguhan Positif
Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Salah satu bentuk motivasi dalam PdP serta peneguhan yang positif ini mampu mendorong murid menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
Contoh :
Murid menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan dan dipuji oleh guru. Pujian guru menyebabkan murid meneruskan usaha dengan cemerlang.
:check: Memberi kata pujian
:check: Memberikan senyuman
:check: Menepuk bahu murid
:check: Memberi hadiah/ganjaran
Menurut Brophy (1981),
ciri-ciri pujian (peneguhan positif)
yang
memberi kesan
ialah:-
:fountain_pen: Memuji secara ikhlas
:fountain_pen: Memuji dengan cepat
:fountain_pen: Memuji tanpa pilih kasih
:fountain_pen: Memuji usaha dan cuba jaya
:fountain_pen: Memuji tingkah laku yang spesifik
:fountain_pen: Memuji jawapan atau respon yang spontan
Tingkah laku :
Pelajar mengemukakan soalan yang baik.
Kesan/Akibat :
Guru memberikan pujian kepada pelajar.
Tingkah laku masa hadapan :
Pelajar mengemukakan lebih banyak soalan yang baik.
Jenis peneguhan positif:
:star: Peneguhan Berterusan
:star: Peneguhan Berkala Tetap
:star: Peneguhan Berkala Berubah
:star: Peneguhan Berkala Nisbah Tetap
:star: Peneguhan Berkala Nisbah Berubah
Peneguhan Negatif
Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Kebarangkalian tingkah laku diberikan adalah tinggi apabila leteran, bebelan dan teguran ditiadakan lagi.
Contoh :
Murid memotong rambut supaya pendek agar tidak ditegur lagi oleh gurunya di sekolah.
Tingkah laku :
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada
waktunya.
Kesan/Akibat :
Guru berleter kepada pelajar.
Tingkah laku masa hadapan :
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya.
JENIS EKSPERIMEN
EKSPERIMEN KEDUA
Skinner memutuskan hubungan mangkuk dengan alat penekan. Jadi, apabila tikus memijak alat penekan dalam Kotak Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam mangkuk
Tikus mula berulang kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama, tetapi akhirnya berhenti memijak alat penekan tersebut apabila mendapati makanan tidak akan dikeluarkan lagi
Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu makanan (ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat penekan tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
EKSPERIMEN KETIGA
Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat penekan, di mana apabila tikus memijak alat penekan, lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan secara serentak.
Jika lampu tidak menyala, makanan juga tidak akan keluar. Proses ini diulang-ulang hingga kelihatan tikus hanya memijak alat penekan apabila lampu menyala sahaja
Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu tikus telah belajar konsep diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai untuk memijak alat penekan untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
Skinner Box-Shaping
Skinner Box-Lever Press
EKSPERIMEN PERTAMA
Tikus yang lapar kelihatan berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner untuk mencari makanan. Apabila terpijak alat penekan, makanan disalurkan ke dalam mangkuk
Pada peringkat ini, tikus tersebut telah belajar cara memperolehi makanan dengan memijak alat penekan tersebut,. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan
Tikus diletakkan dalam kotak Skinner. Di dalam kotak tersebut, sebuah mangkuk disambungkan kepada alat penekan. Apabila alat penekan itu dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya
HUKUMAN
Hukuman persembah (Beri)
Mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan diberikan
Contoh : Rotan, sebat, tampar
Hukuman singkir (Tarik)
Mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik.
Contoh : Peluang menonton filem, kebenaran keluar malam
IMPLIKASI TEORI SKINNER DALAM PdP
Matlamat yang spesifik dapat ditetapkan
Guru dapat menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran
Langkah pengajaran berperingkat dan sistematik dapat dilaksanakan
Guru dapat mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai
Peneguhan berkala selepas tingkah laku dapat dikuasai
Guru dapat memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk seperti memuji 'pandai', " bagus" dan sebagainya
PRINSIP PREMACK
Mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”.
Contoh : Mendapat gula-gula selepas menyiapkan kerja sekolah
PELUPUSAN
Perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti
BIODATA SKINNER
BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)
:pencil2: Seorang ahli psikologi Amerika Syarikat.
:pencil2: Pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan.
:pencil2: Berkelulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Pssikologi) dari Universiti Harvard.
:pencil2: Menerbitkan buku berjudul
Behavior of Organism
yang mengandungi huraian-huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan pada tahun 1930-an.
:pencil2:Beliau menjalankan kajian ke atas tikus dengan menggunakan kotak Skinner.
:pencil2: Teori beliau menekankan hasil kesan-akibat kepada tingkah aku baharu atau tingkah laku lama yang diteruskan atau diulangi atau sebaliknya. Pelaziman Operannya juga menunjukkan bahawa kesan-akibat mempunyai perkaitan dengan ganjaran dan hukuman.
PEMBELAJARAN BEHAVIORIS MENURUT SKINNER
A-
Antecedent
(peristiwa awal)
Guru memulakan pengajaran dengan keadaan guru dan murid bersedia
B-
Behaviour
(tingkah laku)
Murid dapst menjawab soalan guru dengan baik dan betul
C-
Consequent
(kesan akibat)
Guru memuji murid