Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS DAN ALAT PENTAKSIRAN : AUTENTIK - Coggle Diagram
JENIS DAN ALAT PENTAKSIRAN : AUTENTIK
DEFINISI, PRINSIP & CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
DEFINISI:
Penilaian yang dilakukan terhadap murid yang melaksanakan aktiviti atau tugasan yang merujuk situasi kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi kemahiran dan pengetahuan yang bermakna.
PRINSIP:
Murid beri jawapan, bukan pilih daripada senarai.
Pemikiran aras tinggi
Pendekatan secara langsung untuk menilai projek
Membenarkan pelbagai interpretasi dan tafsiran
Berdasarkan kriteria yang jelas dan diberikan kepada murid.
CIRI-CIRI:
Aktiviti relevan dengan kehidupan sebenar murid
Tugasan yang kompleks- jangka masa panjang
Tugasan beri peluang murid berkolaboratif
Tugasan perlukan murid membuat refleksi
Tugasan boleh digunakan merentasi pelbagai subjek
Mencabar pemikiran murid
PENTAKSIRAN PORTFOLIO
CIRI-CIRI
• Portfolio ialah satu pentaksiran yang dilakukan oleh guru bersama sama dengan murid.
• Portfolio bukan sahaja merupakan koleksi hasil kerja murid semata mata tetapi koleksi hasil kerja yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
• Portfolio merupakan koleksi sampel hasil kerja murid yang menunjukkan perkembangan pembelajaran
• Kriteria untuk pemilihan sampel hasil kerja murid dan penilaian haruslah jelas kepada guru dan murid dari permulaan proses pentaksiran.
• Evidens atau hasil kerja murid dalam portfolio dapat menunjukkan pembelajaran dan kemajuan dalam semua aspek atau kompetensi yang dinilai.
JENIS-JENIS
Portfolio Produk:
Koleksi hasil kerja murid yang terbaik dalam suatu tempoh masa tertentu
Portfolio Proses:
Tumpuan kepada proses pembelajaran dan bukannya produk akhir proses pembelajaran
Portfolio Penilaian:
Bertujuan untuk mempamerkan satu siri penilaian sepanjang Pdp atau atau pencapaian murid
DEFINISI
Pentaksiran portfolio ialah alat penilaian yang digunakan untuk mendokumentasikan pembelajaran murid melalui satu siri koleksi evidens pencapaian dan hasil kerja murid. Pentaksiran portfolio memberikan peluang kepada guru dan murid untuk mendokumentasikan, menyemak dan menganalisis kandungan serta kemajuan pembelajaran murid. Dalam erti kata lain, portfolio ialah koleksi kerja murid yang membolehkan penilaian dilaksanakan pada bukti atau evidens yang menunjukkan usaha dan pencapaian berkaitan dengan matlamat pengajaran tertentu
PENTAKSIRAN PRESTASI
Aktiviti atau tugasan yg dpt menilai apa yg murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yg tlh mereka pelajari dlm keadaan dunia sebenar.
CIRI-CIRI :
Mengandungi tugasan dalam situasi sebenar
menggunakan maklumat, konsep & kemahiran dalam situasi sebenar
sebagai sebahagian drpd proses pdp
murid perlu cipta atau inovasi sesuatu produk
mengukur apa yg murid boleh buat
KELEBIHAN:
Mengukur secara langsung
Mentaksir pembelajaran secara konstruktif
Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah
JENIS:
projek
persembahan
pemerhatian
produk
praktikal atau amali
tugasan bertulis
buku skrap
portfolio
PENTAKSIRAN ATAS TALIAN
DEFINISI
Proses pentaksiran secara elektronik dengan menggunakan TMK dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum balas (McLoughlin & Luca, 2006)
Bergantung kepada amalan pentaksiran dengan komputer
Dikenali sebagai
online assessment
AKTIVITI PENTAKSIRAN
perancangan, penggubahan alat pentaksiran & pentadbiran pentaksiran, penandaan, pemprosesan maklumat pentaksiran
proses pelaporan, perekodan & pemindahan data pentaksiran di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri & Kementerian Pendidikan Pelajaran
KELEBIHAN
Penggunaan teknologi menawarkan kaedah yang efisien bagi mentaksir pembelajaran murid
Murid boleh melaksanakan pentaksiran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri
Menjimatkan masa dan tenaga dalam kerja penandaan/penskoran dengan cepat dan tepat
Memberikan peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara atas talian dengan guru mengenai mata pelajaran yang diajar
Membenarkan guru untuk memberi maklum balas serta merta
CONTOH APLIKASI
Quizizz
Liveworksheets
Quizlet
Wordwall
Pickerwheel
Puzzle
PENILAIAN RAKAN SEBAYA
Penilaian rakan sebaya merupakan salah satu cara yang membolehkan murid menghayati ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti dengan menilai kerja rakan mereka. Walau bagaimanapun, jika murid dikehendaki memberikan maklum balas maka mereka haruslah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang perkara yang dinilai oleh mereka terhadap hasil kerja rakan mereka.
Murid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secaraa individu atau berkumpulan.
Penilaian berdasarkan kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan
Murid dpt menghayati ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti melalui penilaian rakan sebaya.
PENILAIAN KENDIRI
DEFINISI
Membolehkan murid membuat penilaian terhadap pencapaian mereka
Membolehkan murid mengenal pasti status pembelajaran mereka sendiri
LANGKAH
Menentukan kriteria yang hendak dinilai dengan menyediakan senarai semak
Memilih cara untuk mendapatkan maklumat dan data
Mneganalisis maklumat dan data yang diperoleh
Membuat rumusan
Menetapkan tujuan penilaian
INSTRUMEN
senarai semak
rubrik
digunakan dalam tugasan
jurnal
penulisan refleksi
portfolio